UNDANGAN DARI FORUM EKONOMI DUNIA TERBAIK NURUL IZZAH DENGAN MANTAP MEMB...


🇲🇾 World Economic Forum di Davos, Switzerland. Saya berbesar hati menerima undangan dari World Economic Forum tahun ini dalam Sesi Forum Terbuka : Levelling The Play Field bersama barisan panel Amitabh Behar, Carmen Correa, Asha Makana dan Kate Fitz-Gibbon. Menerusi Laporan World Economic Forum's Global Gender Gap 2024, kita dapat melihat bahawa jurang jantina masih melebar. Namun, saya menekankan bahawa kita perlu melihat usaha untuk merapatkan jurang ini menerusi pelbagai dimensi, termasuklah keperluan menambahbaik jaringan keselamatan perlindungan sosial yang lebih inklusif dari segi jantina. Malaysia telah memperkenalkan inisiatif seperti i-Suri bagi melindungi suri rumah dan meningkatkan peruntukan untuk TVET bagi memastikan negara mampu melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi termasuk buat para wanita. Saya juga berkongsi bahawa meskipun tumpuan sering diberikan kepada usaha mengurangkan jurang jantina, kita tidak boleh mengabaikan trend “Gender Polarisation” yang semakin menular dalam pelbagai aspek kehidupan di negara-negara lain. Together, let us build a world where dignity is not just a theme but a lived reality for all. Insya-Allah. Sumber Video FB Awani




No comments: