AKTA LAGU KEBANGSAAN 1968

 

Andrian Lim Chee Ann



AKTA LAGU KEBANGSAAN 1968 menetapkan bahawa lagu Negaraku harus dimainkan selepas lagu perwakilan negara asing.


SELEPAS. Bukan sebelum.



Ini bererti, Universiti Malaya tidak membuat apa-apa kesalahan protokol dalam memainkan lagu Negaraku selepas lagu kebangsaan China.


Acara tersebut dianjurkan oleh Kedutaan China (baca: perwakilan asing).


Sebab itu lagu China dimainkan terlebih dahulu, dan disusuli lagu Negaraku.


Sama sekali sekiranya sesebuah acara dianjurkan oleh kedutaan Palestin, Türkiye, Australia, Saudi, Thailand di Malaysia.


Lagu Palestin, Türkiye, Australia, Saudi, Thailand akan dinyanyikan terlebih dahulu, sebelum Negaraku dimainkan.



No comments: