Harap Ahli Parlimen Simpang Renggam hari ini dapat kongsikan kad laporan tahunan beliau sebagai ahli parlimen setelah dua tahun berlalu.
Sebagai pengundi Simpang Renggam, saya dan rakyat lain ingin lihat juga apakah yang telah beliau lakukan selama dua tahun.
Ini cerita lama saya:
“Kad Laporan Pusat Khidmat Ahli Parlimen P151 Simpang Renggam
Saya kongsikan laporan tahunan perbelanjaan dan aktiviti Pusat Khidmat Ahli Parlimen Simpang Renggam sepanjang tahun 2020 ini.
Hampir RM800,000 diperuntukkan untuk sumbangan pek makanan kepada rakyat Simpang Renggam yang amat terkesan dari Covid-19.
Bagi aspek kebajikan, sumbangan dibahagikan kepada beberapa kluster iaitu Bantuan Bencana, Bantuan Kesihatan, Bantuan Kerusi Roda, Bantuan Kematian dan Bantuan Baiki Rumah.
RM144,800 dibelanjakan untuk tujuan pendidikan anak-anak Simpang Renggam. Ia merangkumi bantuan pendaftaran universiti, bantuan laptop dan bantuan kepada sekolah melalui PIBG.
Dan terakhir, pandemik Covid-19 yang tak berkesudahan ini menjadikan kami untuk memberikan keperluan-keperluan khas kepada rakyat dan petugas barisan hadapan Simpang Renggam melalui bantuan sanitizer, pelitup muka, sarung tangan dan sut PPE.
2020 ialah tahun yang amat sukar untuk kita semua. Pihak saya telah berusaha memberikan yang terbaik untuk rakyat Simpang Renggam.
Semoga ada kebaikan dan bebanan yang terangkat daripada usaha-usaha ini.
#simpangrenggamdihatiku”