DISAAT RAKYAT KELANTAN DITIMPA MUSIBAH! BERSATU PULA MERANCANG RAMPAS NE...




Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin berkata parti itu pada masa ini menyasarkan jawatan menteri besar Pahang, Perak dan Selangor jika PN berjaya merampas negeri-negeri itu pada PRU akan datang. Muhyiddin yang juga pengerusi PN berkata demikian ketika menjawab soalan berkenan kedudukan Bersatu bersama-sama PAS yang pada masa ini mengetuai pentadbiran di empat negeri, iaitu Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis. “Ya betul, di utara bukan negeri kita (Bersatu) tapi di bawah PN, dan di Pahang dan Perak kita lihat sokongan sudah meningkat. Di Selangor, kita kurang sedikit sahaja (kerusi DUN berbanding PH dan BN). “Maknanya kita tidak boleh menafikan kemungkinan itu (menang di negeri tersebut),” katanya ketika sidang media sempena Perhimpunan Agung Bersatu di Shah Alam, Selangor hari ini. PAS menerajui keempat-empat negeri pembangkang, dengan tiada satu pun jawatan menteri besar daripada Bersatu. ========================================================================== Disebabkan banjir yang sedang melanda, PKR memutuskan untuk menangguhkan kongres tahunan parti namun tidak menyebut bila ia akan diadakan. Ketua Penerangan PKR Fahmi Fadzil memaklumkan pimpinan parti turut mengarahkan ahli-ahli bahagian untuk membantu mangsa banjir, termasuk menjalankan kerja-kerja pembersihan selepas banjir. "Menyedari bahawa isu banjir dijangka berterusan, pimpinan telah memutuskan bahawa Kongres Nasional PKR 2024 ditangguhkan ke satu tarikh yang akan diumum kemudian. "Pada masa yang sama, satu Kongres Khas bagi meminda Perlembagaan parti akan diadakan secara hibrid pada tarikh yang akan diumum oleh Setiausaha Agung PKR nanti,” tambahnya. Sementara itu, Fahmi berkata pimpinan parti turut menggesa kerajaan melaksanakan kempen anti-buli secara menyeluruh berikutan peningkatan kes buli di institusi pengajian tinggi.