Tahniah kepada Dato’ Dr. Sirajuddin Suhaimee yang telah ditugaskan untuk memikul tanggungjawab sebagai Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang baharu berkuat kuasa hari ini.
Semoga Dato’ Dr. Sirajuddin akan menjunjung tinggi amanah ini dengan bekerja keras untuk memartabatkan syiar Islam, memperkasa industri halal serta memperkukuh tadbir urus hal ehwal Islam secara berwibawa dan berhikmah.
Sekalung penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti Datin Paduka Hajah Hakimah Mohd Yusoff sepanjang mengemudi JAKIM.
#MalaysiaMADANI