Pesakit KENCING MANIS ELOK MAKAN SAYUR DAHULU Sebelum MAKAN NASI





Diabetis berlaku bila pankreas tidak boleh menghasilkan insulin yang cukup atau tubuh tidak dapat menggunakan insulin yang dihasilkan secara effisien.


Kajian pada tahun 2014 menunjukkan hampir 422 juta penduduk dunia atau 1 dalam 11 orang menghidap diabetis.


Terdapat banyak sayur sayuran kaya khasiat dan bersifat antidiabetis. Di antaranya adalah;


a. Kacang bendi

b. Pucuk kaduk

c. Temu lawak

d. Bawang dan daun bawang (bawang merah atau bawang putih)

e. Pegaga

f. Taugeh

g. Timun

h. Petai


Kajian oleh Saintis Portugal dan Jepun pada 2017 menunjukkan makan sayur dulu sebelum makan karbohidrat contohnya nasi boleh turunkan gula dalam darah di kalangan pesakit diabetis type 2 dan orang sihat.


Ianya lebih baik berbanding makan nasi bersama sayur.

Selain itu, meminum teh hijau juga bagus.


Teh hijau kaya antioksidan dan biasanya diminum untuk turunkan berat badan. Meminum teh hijau juga kurangkan risiko diabetis dan stroke.


Meminum air rebusan nasi beras perang semasa nasi mendidih juga bagus. Air nasi kaya bahan asid fenolik yang bersifat antidiabetis.


#DrSuriRoowi Ph.D KMN

Principal Scientist

Foto: islamituindah