MMMS
Nak perah idea yang simple macam ini bukan mudah, ia memerlukan kemahuan, ketegasan dan cita-cita ingin berubah. Syabas pada peserta IPR dan juga mereka yang berusaha menjayakan projek ini.
RAFIZI RAMLI
Ini kisah Kak Zainab yang sebulan boleh dapat sampai RM4,000 untung bersih jual makanan dekat vending machine MRT Ampang Park menerusi program IPR INSAN.
Setahun dia dah dapat dalam RM38,000.
Memang terlalu cukup, sebab Kak Zainab turut terima tempahan makanan.
Kalau ada order, adalah duit lebih sikit. Kalau tak ada boleh bergantung dengan vending machine IPR INSAN.
Kak Zainab juga ada kekangan disebabkan menjaga dua insan OKU yang istimewa.
Yang selalu pergi kerja naik turun MRT Ampang Park ni bolehlah cuba masakan Kak Zainab.
Dia dulu chef tau! Katanya Spaghetti Aglio Olio dia yang paling laku!