𝟭𝟬 𝗧𝗔𝗡𝗗𝗔 𝗧𝗢𝗞𝗢𝗛 𝗔𝗚𝗔𝗠𝗔 𝗠𝗨𝗟𝗔 𝗧𝗘𝗥𝗚𝗘𝗟𝗜𝗡𝗖𝗜𝗥 𝗕𝗔𝗪𝗔 𝗞𝗘 𝗔𝗥𝗔𝗛 𝗞𝗘𝗦𝗘𝗦𝗔𝗧𝗔𝗡
✍️ Ahmad Mursi
Boleh berlaku seorang tokoh agama awalnya mungkin disanjung secara wajar kerana rasa hormat, tetapi akhirnya tergelincir ke arah kesesatan dan ini tandanya:
1. Mendakwa memiliki karamah secara berlebihan yang tidak dapat dibuktikan secara jelas.
2. Menyebarkan cerita ghaib dan mimpi untuk menonjolkan keistimewaannya atau mengaitkan dirinya dengan nabi, wali, atau sahabat melalui mimpi.
3. Menuntut ketaatan mutlak tanpa boleh dipersoalkan, serta melarang kritikan terhadap pandangan atau tindakannya, walhal ketaatan mutlak hanya layak kepada Allah dan Rasul.
4. Pengikut mula memuja dan mengkuduskan tokoh tersebut hingga dianggap suci dan berkat, menyebabkan mereka menolak sebarang kritikan walaupun terbukti menyeleweng.
5. Membenarkan perbuatan, fatwa, atau ajaran yang bertentangan dengan syariat, termasuk menghalalkan dosa besar seperti qazaf atau memperkenalkan amalan baru yang tiada dalil syar'i.
6. Menjadikan dirinya perantara antara Allah dan manusia, dengan mendakwa hanya melalui dirinya seseorang dapat beroleh hidayah.
7. Mengutamakan pengikut yang memberi ‘infaq’ atau sumbangan besar, menunjukkan ketidakikhlasan. Pengikut kaya diberi kedudukan istimewa.
8. Memperkenalkan ajaran yang tidak selari dengan Islam atau menyelewengkan teks agama untuk kepentingan diri atau kumpulan.
9. Membentuk kumpulan eksklusif dan mengasingkan pengikut dari masyarakat umum, melabel orang luar sebagai 'jahil' atau 'sesat', serta menggalakkan pengikut hanya bergaul dalam kelompok sahaja.
10. Meminta diperlakukan secara istimewa atau memanipulasi status agamanya untuk keuntungan duniawi, termasuk mencari kedudukan dan kekayaan.