Rangkuman pelancaran Amazon Web Services (AWS) Asia Pacific (Malaysia) Region bersama-sama komitmen pelaburan jangka panjang berjumlah RM29.2 bilion.
Pengumuman AWS semalam adalah susulan beberapa pelaburan lain yang telah diumumkan sejak Disember 2023 oleh peneraju teknologi global seperti Nvidia, Google, Microsoft, Infineon dan lain-lain yang berjumlah puluhan bilion ringgit.
Kepercayaan pelabur terhadap dasar-dasar negara yang jelas di bawah kerangka Ekonomi MADANI, antaranya Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP 2030), Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) dan Strategi Semikonduktor Nasional (SSN), akan memacu lonjakan pertumbuhan ekonomi negara dan memacu limpahan kemakmuran kepada rakyat Malaysia.
#MalaysiaMADANI