๐—ฃ๐˜‚๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—”๐Ÿฏ๐Ÿฑ: ๐—ง๐—ฟ๐—ฎ๐—ป๐˜€๐—ณ๐—ผ๐—ฟ๐—บ๐—ฎ๐˜€๐—ถ ๐—˜๐—ธ๐—ผ๐—ป๐—ผ๐—บ๐—ถ ๐—•๐˜‚๐—บ๐—ถ๐—ฝ๐˜‚๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ ๐˜†๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—Ÿ๐—ฒ๐—ฏ๐—ถ๐—ต ๐— ๐—ฒ๐—ป๐˜†๐—ฒ๐—น๐˜‚๐—ฟ๐˜‚๐—ต


Rafizi Ramli. 







Perdana Menteri telah meluncurkan Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera, PuTERA35, sebagai usaha kerajaan untuk memperkukuh ekonomi Bumiputera melalui strategi yang lebih menyeluruh dan berkesan. 


Pelan ini adalah kesinambungan daripada input yang dibentangkan semasa Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 (KEB 2024), melibatkan pelbagai pemegang taruh.


๐—ž๐—ฒ๐—ป๐—ฎ๐—ฝ๐—ฎ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—น๐˜‚๐—ป๐˜†๐—ฎ ๐—ฆ๐—ฎ๐˜๐˜‚ ๐—Ÿ๐—ฎ๐—ด๐—ถ ๐—ฃ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—ป?

Terdapat persoalan mengapa perlu satu lagi pelan untuk Bumiputera. Walaupun terdapat pencapaian dalam kalangan Bumiputera, banyak isu kritikal masih memerlukan perhatian serius. 


Antara isu utama termasuk kesukaran golongan Bumiputera untuk meningkatkan taraf hidup serta penyertaan mereka dalam aktiviti ekonomi yang lebih bernilai tinggi.  Perancangan baharu dan campur tangan kerajaan amat diperlukan untuk memastikan Bumiputera tidak terus terperangkap dalam golongan menengah dan sederhana, dan mampu menyertai sektor-sektor ekonomi yang lebih maju.


๐—ฃ๐˜‚๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—”๐Ÿฏ๐Ÿฑ: ๐—ฃ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—ป ๐—ž๐—ผ๐—บ๐—ฝ๐—ฟ๐—ฒ๐—ต๐—ฒ๐—ป๐˜€๐—ถ๐—ณ ๐˜‚๐—ป๐˜๐˜‚๐—ธ ๐— ๐—ฎ๐˜€๐—ฎ ๐——๐—ฒ๐—ฝ๐—ฎ๐—ป ๐—•๐˜‚๐—บ๐—ถ๐—ฝ๐˜‚๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ

PuTERA35 dilancarkan sebagai pelan komprehensif yang mengiktiraf cabaran yang dihadapi Bumiputera, namun dalam masa yang sama menawarkan penyelesaian berasaskan peluang ekonomi masa depan. Sasaran yang ditetapkan merangkumi lima bidang utama yang akan diukur dengan jelas:


- Pendapatan dan pekerjaan Bumiputera

- Pemilikan ekuiti dan harta

- Pendidikan dan pembangunan bakat

- Penglibatan dalam sektor HGHV (High Growth High Value)

- Akses kepada teknologi dan inovasi


Sasaran ini memberikan kerajaan peluang untuk menjajarkan semula pendekatan, menyusun sumber secara berkesan, dan menyelaras agensi-agensi pelaksana bagi memastikan kejayaan pelan ini sehingga 2035.


๐—ž๐—ผ๐—บ๐—ถ๐˜๐—บ๐—ฒ๐—ป ๐—ž๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ท๐—ฎ๐—ฎ๐—ป ๐— ๐—”๐——๐—”๐—ก๐—œ ๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐—ต๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ๐—ฝ ๐—•๐˜‚๐—บ๐—ถ๐—ฝ๐˜‚๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ

PuTERA35 menegaskan komitmen Kerajaan MADANI terhadap kepentingan Bumiputera. Tanggapan bahawa kerajaan mengabaikan golongan ini adalah tidak berasas. Dengan rancangan teliti, termasuk garis masa yang jelas dan pemantauan melalui โ€˜dashboardโ€™ khas, kerajaan memastikan pelaksanaan yang berkesan sehingga tahun 2035



No comments: