INILAH DIA ANWAR IBRAHIM. TURUN JUMPA RAKYAT LEPAS PERHIMPUNAN KEMERDEKAAN.

 

MSO


Inilah Anwar Ibrahim yang tidak mampu dibuat dan diikuti oleh pemimpin lain. Selepas usai sambutan hari kebangsaan dan Yang diPertuan Agong berangkat pulang beliau berjalan kaki di sepanjang Dataran Putrajaya  untuk merai dan bersalaman dengan rubuan orang ramai.











Saya dapat merasakan apa yang bergelora dalam sanubarinya bangga dan bahagia dengan sambutan orang ramai di majlis sambutan itu. Ini tergambar apabila satu masa beliau dan isterinya sudah menaiki kenderaan rasmi untuk beredar tetapi  turun semula apabila melihat orang tamai menjerit namanya sambil mengibar jalur gemilang.


Perdana Menteri menjejaki di sepanjang dataran untuk bersalaman dan membalas lambaian orang ramai terhadapnya.


Kemesraan, prihatin dan aksi yang lahir dari karekter dan sifat semulajadinya ini menjadilan Anwar sebagai PM terpopular masa kini. Syabas PM Madani. Trims.