ANALISIS FAKTOR KEKALAHAN PAS DAN KEMENANGAN UMNO Dİ PRK DÜN NENGGIRI.

 


ANALISIS FAKTOR KEKALAHAN PAS DAN KEMENANGAN UMNO Dİ PRK DÜN NENGGIRI.


BUKTI PENGUNDI DI PENDALAMAN FAHAM USAHA KERAS KERAJAAN MALAYSIA PULIHKAN NEGARA BERJAYA.


Tahniah YB Awie dan semua jentera Umno/Bn dan Ph kerana berjaya memenangkan PRK Dün Nenggiri.


BN menang di kerusi DUN Nenggiri dengan memperoleh 9,112 undi berbanding PAS 5,741 undi. BN menang dengan majoriti 3,352 undi.


◼️Isu Kelantan


1. Isu perkauman dan agama yang sentiasa menjadi alat bagi PN (Pas) tidak berkesan di Nenggiri, serangan isu 3R yang dilancarkan oleh jentera Pas mula tumpul. Isu penarikan larangan komik superbaby hew yang dimainkan oleh Timbalan Presiden Pas Dato Tuan Ibrahim Tuan Man dan Ketua Penerangan Pas Ustaz Fadhli Shaari tidak memberi kesan signifikan kepada pengundi kerana ia keputusan Mahkamah Persekutuan bukannya keputusan Kabinet.


2. Rakyat tidak termakan hasutan isu tanah yang dimainkan oleh PAS Kelantan berkaitan isu Peneroka KESEDAR dan penjualan aset FELCRA. Usaha positif KESEDAR dan FELCRA era Kerajaan Perpaduan lebih berkesan dan berjaya selesaikan tuntutan tanah peneroka dan pulihkan agensi berkenaan semula dibawah Dato Jazlan dan Dato Zawawi.


3. Tindakan PAS recycle muka lama seperti Annuar Musa tidak memberi kesan signifikan kepada undi, sebaliknya menjadi liabiliti kepada Pas kerana Annuar Musa bawa watak angkuh, sombong dan menunjukkan kekayaan ditolak oleh pengundi.


4. Kebijakan UMNO menggunakan Tengku Razaleigh Hamzah (Kuli) sebagai barisan hadapan jentera UMNO di PRK Nenggiri berkesan, rakyat masih ingat jasa Kuli sekian lama.


5. Jentera parti BERSATU Gua Musang dan PAS akar umbi retak dan tidak tolong kempen pada PRK Nenggiri, kerana calon bidang terjun yang di ambik dari ahli Pas, isi borang ahli BERSATU semata mata nak jadi calon sahaja. Keretakan ini makin membarah, ahli BERSATU makin tidak puas hati dengan kergoan pemimpin PAS.


6. Orang Asli makin faham dan boleh terima pendekatan dan pembaharuan yang dibuat oleh Kerajaan Perpaduan berbanding kerajaan kerajaan terdahulu yang mengabaikan mereka. Mereka juga jelas kezaliman yang dibuat oleh PAS Kelantan terhadap mereka termasuk merampas tanah adat dan kawasan rayau mereka dimusnahkan. Hutan dimusnahkan, sungai terkambus, haiwan buruan makin hilang dah biodiversiti pupus hinggakan Harimau makan orang sebab tiada makanan di hutan. Kawasan PDM orang asli swing kepada Umno. 


7. Rakyat Kelantan terutamanya Melayu di hulu sedar balik Kezaliman Kerajaan Pas Kelantan yang rampas tanah tanah kebun dan rumah yang telah mereka teroka selama berpuluh tahun akhirnya jadi milik tauke tauke dari China benua. Malah tindakan Kerajaan Kelantan nak buat nyah Warta Kawasan Hutan Simpan dan kawasan Tadahan Air hingga habis 88% hutan simpan kekal dalam Rancangan Struktur Kerajaan Kelantan juga jadi faktör kemarahan rakyat hulu, kerana kawasan tandak air mereka akan musnah.


8. Rakyat hulu mula protes kemusnahan hutan disebabkan pembalakan, kecurian balak kronik Kerajaan, pembukaan ladang hutan secara besar besaran dan diberikan kepada tauke tauke luar menyebabkan hutan simpan di sekitar Gua Musang musnah habis habisan sebab tangan manusia bertopengkan agama hinggakan Ladang Musang King terbesar di Malaysia boleh diberikan kepada syarikat luar, tetapi untuk rakyat sendiri nak dapat tapak rumah pun terpaksa merempat di bumi sendiri.


9. Rakyat Gua Musang mula sedar Pas Kelantan janji kosong peluang kerja dan sibuk bagi tanah kepada kroni kroni rapat di Bandar Gua Musang tetapi tidak berjaya dimajukan termasuk untuk dijadikan Bandar Perabot Gua Musang dan Kilang Simen tidak siap sampai sekarang.


10. Undi pos/awal memberikan signal Penjawat awam terutamanya badan beruniform terutamanya polis, staf klinik dan hospital, tentera dan petugas SPR mula sedar usaha positif Kerajaan memulihkan Negara ke arah lebih baik mula menampakkan hasil.


11. Pengundi Muda dan Wanita Dun Nenggiri mula beralih kepada parti Kerajaan Pusat kerana yakin dengan dasar dasar baru Kerajaan Madani, masej masej usaha baik Kerajaan buat sekarang sampai di peti peti telefon mereka. Antara pengundi muda respect adalah komitmen Kerajaan Pusat secara serius menyiapkan segera Lebuhraya CSR Karak - Gua Musang - Kuala Krai dan jalan pendalaman di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah yang dipimpin oleh Dato Seri Dr Zahid Hamidi sendiri telah memberi impak secara langsung kepada penduduk Gua Musang.


◼️Isu Nasional 


1. Isu penarikan subsidi diesel yang dimainkan oleh pimpinan utama Pas tidak berkesan, rakyat di pendalaman sudah faham rasionalisasi subsidi diesel yang diterangkan oleh Kerajaan penarikan ini secara bersasar dan kembali menyokong parti Kerajaan Pusat. 


2. Penjawat awam dan keluarga penjawat awam mula berterima kasih kepada parti Kerajaan Pusat kerana menaikan gaji dari 7 hingga 15% tahun ini. Rakyat mula berterima kasih kepada Kerajaan Pusat terutamanya Dato Seri Anwar Ibrahim yang berusaha keras menaikan gaji Penjawat awam selepas 12 tahun tiada kenaikan.


3. Tahap tahap ekonomi Malaysia sampai 5% lebih, kenaikan matawang dan pengekalan OPR 3% memberikan kestabilam ekonomi, harga getah dan sawit mahal dan menyebabkan pendapatan pengundi di kawasan pendalaman stabil dan mereka makin faham usaha baik Kerajaan Madani yang dipimpin oleh PMX Dato Seri Anwar Ibrahim dan Dato Seri Zahid Hamidi di buat sekarang. 


4. Kehadiran top gun PN; Presiden PAS Tan Sri Hadi Awang dan Presiden BERSATU Tan Sri Muhyiddin Yassin yang recycle isu dia tidak dilantik jadi Perdana Menteri dan menyerang mantan YDP Agong makan diri balik. Rakyat dah muak dengan muka Perdana Menteri dan Duta Timur Tengah kerajaan gagal tebuk atap/ BackDoor kerana ia satu pengkhianatan.


5. Rakyat makin percaya usaha mengembangkan syiar İslam oleh PMX, Dato Seri Anwar İbrahim sebagai figura yang boleh menaikan martabat Islam di Malaysia dan dunia dengan memperkenalkan konsep Malaysia Madani, menjemput alim ulama Ahli Sunnah Wal Jemaah level antarabangsa ke Malaysia, mengepalai Negara Islam dalam perjuangan Negara Palestin termasuk membawa rakyat Palestin berubat di Malaysia, akan membentangkan RUU355 di Parlimen dan memperkasakan Mahkamah Syariah,  menaikan martabat pakaian Pramugari Islam di MAS, usaha membanteras rasuah dan cuba menyelesaiakan isu krisis Islam di Selatan Thailand dan dunia Islam.


6. Empangan Hidroelektrik Nenggiri tidak menjadi kesan besar kepada penolakkan parti Kerajaan Pusat kerana TNB/pemaju membayar pampasan tanah dengan jelas, sebaliknya isu ini menjadi liabiliti kepada Kerajaan PAS kerana kawasan untuk penempatan orang asli telah digondolkan kemudian baru nak letak Mereka. Malah berberapa kawasan hutan simpan simpan di Nenggiri sampai tersilap lulus dan berlaku kecurian balak berleluasa hingga tauke kaya raya, rakyat tempatan miskin melarat. 


Terima kasih pengundi kerana cekap membuat pilihan dan  Tahniah jentera UMNO/BN dan PH di atas kemenangan bergaya di DÜN Nenggiri, Gua Musang.


Baru boleh tubik gua, selesai kerja survey di Nenggiri, boleh balik nanam padi pula ambo. Sekian pandangan ambo, nanti akan bersambung tulisan yang lebih mikro. Wassalam.


Syam Ghaz



No comments: