SEJARAH PENUBUHAN ABIM







Sebelum solat Jumaat semalam saya kunjung ziarah Datuk Dusuki Ahmad, bekas ahli parlimen Tumpat. Beliau merupakan seorang tokoh politik yang bergerak cergas dalam politik ditahun 70an hingga 90an beliau pernh dilantik jadi Setiausaha Parlimen di dua kementerian Tanah dan Penerangan.


Kerana pengetahuan luasnya dalam bidang agama khasnya dakwah dan pendidikan beliau dilantik jadi Pengerusi Dewan Ulama Umno (DUU) kini. Dewan ini diwujudkan sejak Dr Ahmad Zahid Hamidi jadi presiden Umno.


Dewan ini berfungsi sebagai badan pengembanag Islam khususnya dalam mengatur program dan memantapkan lagi kegiatan dan gerakan agama dalam Umno disamping menjadi badan pemantau dan penangkis aliran dan fahaman Islam yang salah. Badan ini juga menjadi jaringan Umno dengan negara negara Islam diseluruh dunia.


Paling penting ia bertindak jadi penasihat, merancang dan meletakkan Umno sebagai sebuah parti memperjuangkan Islam secara progresif.


Dalam kesempatan tadi kami banyak bercerita tentang sejarah permulaan gerakan penubuhan persatuan² belia di negara ini. Salah satu ialah sejarah bagaimana permulaan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) diwujudkan sekitar awal tahun 1970.


Sesuatu yang mengejutkan saya apabila mendengar kisah ini, bahawa beliau adalah orang terlibat dengan penuhuhan Abim. Cetusan untuk tubuhkan Abim menurutnya lahir daripada idea Anwar Ibrahim yang melihat keperluannya ditubuhkan selepas tertubuhnya persatuan belia Hindu, Budha dan pertubuhan belia 4B, MAYC dan lain.


Bertolak dari cetusan itu maka diadakan perbincangan bagi tujuan itu bertempat di pejabat MAYC di Jalan Syed Putera Kuala Limpur.


Hasil daripada perbincangan itu terbentuklah Abim yang kemudian didaftarkan. Individu yang bertanggungjawab mendaftar Abim terdiri daripada dirinya, Datuk Fauzi Rahman Talib, Muhammad Ismail dari Kelantan dan Anwar Ibrahim.


Dalam pendaftar itu Dr Razali Nawawi yang baru pulang dari London dinamakan sebagai presiden. Bagaimana pun sejarah itu tidak tertulis dalam buku buku mengenai penubuhan Abim. Trims.




No comments: