MSO
Kita perhati kepada gaya dan pendekatan kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim benar benar menghayati sebuah kerajaan Madani, kerajaan yang menyiapkan prasarana untuk rakyat, mementingkan rakyat marhean, memgelakkan birokrasi dan berintegriti.
PM juga semacam tidak tahu letih bekerja. Namun ia tidak seiringan dengan para teknokrat dan birokrat dibawah, ada tidak menghayati cara pentadbiran PM. Paling sedih ada yang mrmperolok dan mempersendakan apa yang dihasratinya.
Banyak temuan dibawah sana yang tidak mempedulikan seruan PM, daripada peringkat jabatan, majlis dan perbadanan seakan sengaja persendakan arahan umum PM dan tingkah laku mereka seperti mahu damejkan kerajaan.
Apa yang berlaku tidak boleh disembunyikan. Gunting dalam lipatan atau duri dalam daging kena dibuang. Musang berbulu ayam juga perlu dikeluarkan dari reban.
Saya baru pulang dari satu lawatan bagaimana premis perniagaan sengaja di didingdong oleh individu tertentu kerana mengharap sogokan.
Kejadian seperti ini tidak wajar dan merupakan najis dalam kerajaan Madani. Trims.