PMX ARAH PASAR DATO KRAMAT DI BERI NAFAS BARU


 Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memberi perhatian dan keutamaan kepada pembangunan semula Pasar Dato Keramat, Kuala Lumpur yang dilihat sangat daif.



Anwar berkata perkara itu telah dimaklumkan kepada kepada Menteri Perladangan dan Komoditi yang juga Ahli Parlimen Titiwangsa Datuk Seri Johari Abdul Ghani dan Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Kamarulzaman Mat Salleh.


"Pasar Dato Keramat ini saya tengok masalahnya dahulu DBKL bagi kepada syarikat swasta, (tetapi) gagal. Jadi, DBKL baru ambil balik dan saya fikir kita perlu beri perhatian kerana keadaannya sangat daif," katanya.


Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews



No comments: