Tahniah Plexus atas pembukaan fasiliti keenamnya di Pulau Pinang.
Sejak melabur di Malaysia 20 tahun yang lalu, syarikat semikonduktor Plexus telah mewujudkan 10,000 pekerjaan setakat ini. Dengan 75% daripada para pekerja Plexus terdiri daripada rakyat Malaysia, fasiliti keenamnya ini bakal mewujudkan 1,800 pekerjaan bergaji tinggi yang sudah pasti akan memanfaatkan lebih ramai pekerja tempatan.
Pengembangan fasiliti Plexus ini melibatkan pelaburan tambahan RM1 bilion, membuktikan keyakinan mereka kepada prospek ekonomi Malaysia.
MITI akan terus berusaha menarik pelaburan berkualiti bagi mewujudkan lebih banyak pekerjaan bergaji tinggi untuk rakyat Malaysia.
#pelaburan #bilapelaburnakmasuk #PencetusPotensiGlobal #MITI #TZA