KENAPA MELAYU TAK MARAH?



Berikan Anwar 10 tahun Malaysia akn jadi negara hebat


PEMBANGKANG TAKUT NASIB SEPERTI SELANGOR


Bukan sahaja saya dan rakan2 pernah menulis, Johari Ghani sendiri berkata jika Anwar diberi 10 tahun memgetuai kerajaan, Malaysia akan menjadi negara yg akn dibanggakan. 


Beliau percaya 10 langkah inisiatif Ekonomi Madani yg diperkenalkan mampu dicapai dlm tempoh 10 tahun. Malah pakar2 ekonomi dlm dan luar negara semua teruja dgn pencapaian Malaysia.


Malangnya di negara kita org Melayu lebih percaya data palsu kononnya Kedah adalah negeri pengeksport terbesar di Malaysia. 


Saya lihat sekali saya dah tahu pembohongan besar tapi di group surau bertebaran dan disambut dgn pujian serta takbir. Sampai keluar air mata ketawa saya melihat karenah org Melayu yg mudah ditipu.


Saya sgt bimbang tahap pemikiran yg telah dirosakkan apabila segala kebaikan kerajaan perkenalkan semua mereka marah.


-Bagi menu ramah utk bantu org miskin…mereka marah, 

- Naikkan gaj kakitangan awam… mereka marah

- Sekat subsidi yg diperolehi org kaya dan penyamun… mereka marah

- Turunkan harga telur… mereka marah.

- Bina masjid… mereka marah


Sebenarnya apa yg dilakukan kerajaan PH 1.0 dan PH/BN 2.0 ini byk manfaat. Dahulu bila LGE berikan RM30 e wallet mereka ketawakan. 


Sebenarnya niat Menteri Kewangan itu utk menggalakkan rakyat menggunakan sistem pembayaran melalui e-wallet dan skg 70% org Malaysia gunakan.


Begitulah dgn telur. Punya gegak gempita pemimpin dan penyokong pembangkang perlekehkan harga telur turun 3 sen sebini… rupa2nya negeri Terengganu dlm tempoh 3 jam habis 75 ribu biji telur.


Jgn tanya suri rumah tapi tanyalah peniaga yg menggunakan 10 papan sehari. Berapa byk penjimatan utk tempoh sebulan.


Tidak byk bezanya mengenai subsidi diesel, percayalah 1-2 tahun lagi bila mereka lihat byk manfaat dari pelaksannan tersebut barulah mereka diam.


Kita boleh lihat tidak sampai 3 hari di Rantau Panjang sunyi pembelian pam diesel. Paling lucu negara ke 4 terkaya di dunia iaitu Singapura, syarikat bas Singapura terpaksa naikkan harga tambang.


Rupa2nya bukan rakyat Singapura, syarikat perniagaan mereka pun mencuri subsidi duit rakyat utk mereka menjadi kaya raya. Nampak…! 


Tanpa kita sedar berbillion kita tanggung org kaya bukan rakyat Malaysia curi subsidi diesel kita. Bila sesuatu dilakukan pasti ada pro & kon. Tapi kena lihat pro nya melebihi 70% ia tentu sesuatu yg baik.


Sebenarnya jika tiada subsidi bersasar seperti beberapa negara lain di dunia kerajaan akn perolehi lebihan lebih RM 10 billion yg byk manfaatnya boleh diberikan kpd rakyat.


Jika harga petrol dilakukan pasti ia lebih baik tapi melihat kpd style masyarakat tempatan patut la Mahathir, Abdullah Badawi, Najib, Muhyiddin, Ismail tiada kekuatan utk melakukannya.


Akhirnya kita boleh lihat dgn fakta contoh terbaru jika 

di zaman PN harga telur naik 40 sen… ada org Melayu marah? Minyak masak naik dua kali ganda di zaman PN ada org Melayu marah?


Bukan sahaja harga telur naik malah tiada di kedai. Minyak masak tiada… kenapa org Melayu tak marah??? 


Kenapa Muhyiddin kurung rakyat paling lama dlm dunia atas alasan PKP org Melayu tak marah? Semua kerana terperdaya dgn fahaman khawarij tanpa mereka sedari.


Org Melayu suka kena bodoh Cytro mereka kata harga petrol di Singapura lebih murah kerana Cytro itu tunjuk info grafik membuat kiraan dlm SGD. 


Org Melayu suka kena bodoh bila percaya manusia ada ISO. Org Melayu suka kena bodoh konon Kedah pengeksport terbesar…?


Org Melayu suka kena bodoh dgn kapitalis yg nak naikkan harga barang kononnya harga minyak naik. Sdgkan mereka ada subsidi menerusi fleet card? 


Bila org Melayu percaya, tauke besar pun suka utk mereka ambil kesempatan untung berganda. Itu sebabnya kita jgn suka diperbodohkan.


PERKARA DITAKUTI PEMBANGKANG


Sebenarnya pemimpin pembangkang sgt takut 2 perkara. Jika Anwar berjaya kekal 2 penggal PRU mereka akn terkubur.


5 tahun ini adalah proses Anwar membetulkan keadaan negara.


1. Lawan rasuah habis habisan

2. Perbertulkan subsidi yg melemahkan kerajaan

3. Tarik pelabur ke dalam negara

4. Menanamkan sifat jati diri kpd kakitangan awam tentang tata kelola.

5. Perkenalkan budaya kerja baru selain anti rasuah ialah gaya kerja yg efektif bukan budaya kerana lepak di kantin.

6. Perkenalkan nilai2 tinggi kpd rakyat Malaysia


dan lain2….


5 tahun selepas itu barulah hasilnya akn dpt dilihat. Ibarat tanam durian selepas 8 tahun barulah dot hasilnya.


Ketika itu mimpi buruk kpd pembangkang. Mana mungkin negara2 di dunia yg perang rasuah tidak boleh maju.


Pembangkang tahu jika Anwar diberi 10 tahun memerintah… nasib pembangkang akn menjadi seperti di Selangor. Pergi tak akan kembali.


Bayangkan 10 tahun Selangor sebagai negeri pembangkang ia tetap menjadi negeri paling maju. Rakyat Selangor mendapat begitu byk manfaat daripada kerajaan Selangor bila tadbir urus yg baik.


Itulah yg paling dibimbangi pembangkang. Dlm masa yg sama kes mahkamah berjalan. PDRM, SPR, LHDN akn lebih selesa tanpa gangguan org politik.


Ia tidak senangi kerana ketika itu tiada lagi org kaya bertambah kaya…. Tiada lagi jalan mudah utk menjadi kaya. Org Melayu selepas 10 tahun akn memulakan satu norma kehidupan baru seperti rakyat negara maju.


-Normad Radzuan

https://www.facebook.com/share/p/PEgMnK6PRGVFXkzo/?mibextid=oFDknk