INI ORANG HEBAT-PELAJAR MALAYSIA PERTAMA YANG DIANUGERAHKAN IJAZAH SARJANA (MA) HADIS KULIAH ULUM ISLAMIAH UNIVERSITI AL-AZHAR


Zamri Zainal Abidin






Khamis

30 Mei 2024

9.00 Pagi


Pejabat Atase Agama Kaherah mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Saudara Muhammad Asyraf Muhammad Abdul Aziz yang telah dianugerahkan Ijazah Sarjana (MA) bidang Hadis dengan pangkat Mumtaz sebentar tadi. 


Beliau yang berasal dari Kuala Kurau, Bagan Serai Perak merupakan pelajar Malaysia yang pertama berjaya menamatkan pengajian dengan cemerlang di peringkat MA daripada Kuliah Ulum Islamiah Bagi Pelajar Antarabangsa, Universiti Al-Azhar semenjak kuliah ini ditubuhkan dan termeterai perjanjian dengan kerajaan Malaysia pada tahun 2008.


Saudara Asyraf telah memanfaatkan masa hampir 2 tahun 6 bulan bagi menyiapkan hasil kajian yang bertajuk : 


الأحاديث والآثار الواردة في كتاب مرشد الطلاب إلى الكريم الوهاب للإمام الشيخ علي بن أحمد  المليباري الشافعي المتوفى سنة ٩٢٨ ه تخريجا و دراسة من أول باب الأمر بالمعروف والنهي عن المنكر إلى آخر الكتاب.


Turut hadir dalam majlis yang sama, Encik Mohammed Tasyreef Mohamd Tarmizi, Pegawai Atase Pendidikan Perak, Encik  Muhamad Khairul Adli Ahmad Padli, Pembantu Atase Pendidikan Perak serta mahasiswa pasca siswazah yang lain.


Syabas diucapkan!



No comments: