Adakah PAS hanya Sesumpah dan Tikus Hamster?





✍️ Saiful Nizam


Kita sering lihat PAS sebagai parti yang sering berubah-ubah pendirian seperti sesumpah yang menukar warna mengikut persekitaran. Ini menimbulkan persoalan, adakah PAS benar-benar mempunyai prinsip atau hanya menyesuaikan diri demi kepentingan politik semata-mata?


Selain itu, tindakan PAS yang sering lupa pendirian sebelum ini mengingatkan kita kepada tikus hamster yang mempunyai daya ingatan hanya selama 3 saat. Setiap kali isu baru timbul, pendirian lama PAS seperti dilupakan begitu sahaja.


Sangat menghairankan apabila melihat PAS dan penyokong mereka menyalahkan Kerajaan Perpaduan terkait isuu saham MAHB dan BlackRock. Kenapa mereka begitu cepat melontarkan tuduhan tanpa menyelidik fakta sebenar?


Mari kita ingatkan kembali, Tuan Guru Hadi Awang sendiri pernah berkata bahawa tidak mengapa untuk bekerjasama dengan Yahudi. Bagaimana boleh ada double standard di sini? Jika dahulu dikatakan tidak salah bekerjasama dengan Yahudi, kenapa sekarang Kerajaan Perpaduan pula dipersalahkan?


Adakah ini contoh hipokrasi yang jelas dari PAS? Rakyat perlu celik dan tidak mudah terpedaya dengan retorik politik yang tidak berasas. Kita perlukan pemimpin yang jujur dan berprinsip, bukan yang cakap tak serupa bikin.


Rakyat memerlukan pemimpin yang teguh dan konsisten dengan prinsipnya, bukan yang mudah berubah bagaikan sesumpah dan pelupa bagaikan tikus hamster.


#RakyatBijak #KekalPerpaduan



No comments: