JALAN TERUS PMX



Ana Tahu

 Perutusan negara yang Anwar buat tu nak bagitahu kedudukan kewangan negara tidak terlalu baik. Waktu dia ambil alih Kerajaan, kedudukan kewangan sudah tidak memberangsangkan.


Jika tiada sebarang keberanian mengubah sistem sedia ada kepada satu sistem baharu yang lebih efisien, negara mungkin berhadapan situasi amat sukar untuk jangka masa panjang.


Antara usaha agresif yang kerajaan beliau lakukan adalah dengan menarik seramai mungkin pelabur masuk ke Malaysia. Kesungguhan Anwar dan pasukannya kelihatan amat ketara semenjak dari awal dia menerajui negara.


Namun usaha ini mungkin mengambil masa yang lama untuk menunjukkan hasil kepada negara kerana prosesnya yang mungkin ambil masa setelah Anwar membuka pintu dan ramai pelabur berminat.


Masalah yang juga membelenggu negara ini adalah rasuah yang berlaku dari peringkat tertinggi hingga ke peringkat bawahan dalam kerajaan. Parti yang bernuansa agama juga apabila menjadi kerajaan seperti tidak serius menangani isu ini.


Kesan rasuah ini besar. Negara rugi kerana salahlaku dan rasuah ini hingga mengeringkan kantung negara kepada perkara yang sia-sia dan merugikan rakyat terbanyak.


Proses pembasmian rasuah dilihat berlangsung dengan agak agresif di zaman Anwar ini. Walaupun ada satu dua kes berprofil tinggi yang mungkin ada yang kurang selesa, banyak lagi kes rasuah dalam jabatan kerajaan yang telah diselongkar kerajaan Anwar dan diambil tindakan serius.


Satu lagi isu ialah isu subsidi. Isu ni sudah dibangkitkan beberapa Perdana Menteri sebelum ini. Pertambahan kos subsidi saban tahun telah menjerut kewangan negara. Malangnya, subsidi ini telah tersasar dari matlamat asal apabila ada pihak telah mendapat manfaat besar. Bahkan warga asing dilihat turut mendapat manfaat.


Jesteru, kaedah penyasaran semula subsidi yang tersasar ini perlu dilakukan demi menyelamatkan wang rakyat. Lebihan penjimatan ini bolehlah digunakan untuk insentif kepada rakyat yang memerlukan…


Ramai yang akan memperlekeh, memperleceh namun hakikatnya tiada solusi dikemukakan untuk menangani masalah dan beban dihadapi kerajaan ini.


So, nasihat ana kepada Anwar… JALAN TERUS…



No comments: