ISU SEMASA YANG PERLU KITA AMBIL TAHU

 


Ya, lama GM tak menulis. Banyak kerja yg melibatkan pengstrukturan dan ambil kembali mana yg telah tergadai ketika banyak PM terdahulu.  


Isu Blackrock, itu baru satu agensi pengurus aset. Ada beberapa lg yg lain seperti Vanguard, State Street, Fidelity, Alliance dll... Blackrock / Vanguard/ State Street ini adalah pemain pengurus aset terbesar di US. Benda ini bukan baru, dah berpuluh tahun bertapak. Dan selama puluh tahun itu, puluh tahun jugalah pengurus aset ini telah lama masuk di Malaysia.


Sejak zaman Mahathir jadi PM era 80an - 90an lg dah berurusan dgn mereka. Apa kaitannya pula agensi pelobi Israel Apco Worldwide yg Najib bayar lebih RM70juta setiap tahun ketika Najib jadi PM dengan agensi pengurus dana aset sprt yg di sebut tadi ? 😉


Cuba teka, Bank Negara Malaysia yg di tubuhkan selepas 2 tahun Merdeka (26 Januari 1959) tu sapa punya...😊


Apapun, bagi yg nak tahu sedikit sebanyak berkenaan isu Blackrock, kalian buleh baca pendapat sdra Nik Hasyudeen . 👇


Apa kerja pengurus aset seperti Blackrock?


Bagus juga timbul isu Blackrock ni. Ianya memberi peluang untuk ramai orang belajar. Bila ada ilmu kita jadi pandai. Bila pandai, boleh membezakan di antara orang yang berjuang dengan orang yang mempertikai sepenuh masa.


Pengurus aset ini wujud di alam pelaburan. Mereka menguruskan dana orang lain yang diamanahkan kepada mereka di atas pelbagai sebab. Dana yang dikumpulkan dilaburkan berdasarkan mandat yang mereka pegang. Mereka mendapat upah mengurus dana-dana ini, biasanya berdasarkan peratusan dari dana yang diuruskan.


Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Lembaga Tabung Haji (TH) menerima dana disebabkan fungsi mereka. KWSP mengumpul dana secara paksa demi menjamin ahli-ahlinya ada dana persaraan. TH menerima dana yang diserahkan secara sukarela bagi tujuan menabung untuk mengerjakan haji.


Ada banyak pengurus aset swasta yang menerima pelaburan kerana mereka boleh menggandakan keuntungan orang-orang yang melabur melalui mereka. Mereka menawarkan unit amanah dan lain-lain skim pelaburan secara terbuka atau tertutup. Setiap skim pelaburan ada tujuan, risiko dan pulangan yang bersesuaian dengan selera pelabur-pelabur mereka.


Di pusat-pusat modal dunia seperi London dan New York, syarikat-syarikat pengurus aset ini besar-besar. Blackrock sahaja menguruskan $10.5 trilion, kalau ditukar kepada ringgit, dalam RM 49.35 trilion. Saya rasa kita tak pernah berjumpa pun dengan angka ni walaupun dalam mimpi. KWSP yang dianggap besar tu pun mengurus dana dalam RM 1 trilion sahaja.


Jika anda ada RM 49.35 trilion, adakah anda akan simpan dana berkenaan di bawah bantal? Tentunya tidak. Anda akan melabur di serata dunia di dalam pelbagai jenis industri. Lazimnya, syarikat pengurus aset global ini hanya ada satu akidah, buat duit. Mana ada halal haram dan sempadan yang tak boleh mereka masuk. Itulah sebabnya Blackrock ada di mana-mana.


Jika dana yang diuruskan itu RM 49.35 trilion, adakah ianya datang dari satu orang, satu bangsa atau satu jenis manusia sahaja? Tidak. Banyak manusia dan institusi lain yang menyumbangkan dana ini. Mereka pun walaupun berlainan bangsa, agama dan lain-lain lagi ada satu persamaan, nak untung. Jika pelaburan melalui pengurus aset seperti Blackrock ini tidak menguntungkan, tak kan ia dapat kumpul dana sebesar itu?


Di dalam muamalah, kaedah shariah yang terpakai ialah semuanya harus sehingga ada yang mendatangkan haram seperti riba, judi dan sebagainya. Ini kena di peringkat urusniaga, bukannya sifat orang yang berurusan dengan kita. Eloklah belajar kaedah shariah di dalam muamalah ni kerana kita sentiasa berurusan dengan pelbagai pihak. 


Apa yang saya kongsikan ini hanyalah maklumat berkenaan sifat pengurus aset seperti Blackrock. Jadi jika anda nak kata tak boleh berurusan dengan mereka, kenalah bawa hujah yang boleh diterima dari segi shariah. 


Di samping itu, kena juga pertimbangkan akibat dari pendekatan bahawa semua yang ada bau “musuh kita” kena dijauhi. Facebook, Whatsapp, Instagram dimiliki oleh tuan yang sama. Google dan Youtube pun sifatnya macam tu juga. Jangan pilih-pilih pihak untuk dilaqan berdasarkan nafsu kita sahaja. Kalau orang politik, saya tak pelik lah.


Oleh kerana kedudukan saya membolehkan saya meminta pandangan shariah di dalam bab berurusan dengan pelbagai pihak di dalam keadaan geopolitik yang kompleks, saya dah meminta pandangan ini. Tentunya orang shariah kena buat kajian mendalam berdasarkan pelbagai sumber dan rujukan. Ianya mungkin memakan masa. Mereka tidak sehebat netizen, hukum hakam boleh ditentukan sekelip mata sahaja dan sesiapa yang khilaf dengan ketetapan mereka terus kena kutuk.


Agama kita sebenarnya amat rasional, apa lagi di dalam bab muamalah. Jadi, saya kena cerita bab Blackrock dahulu. Yang bab hukum tu kena tunggu bila saya dapat maklumat dan setakat mana saya boleh kongsikan.


Kredit : Nik Hasyudeen