Zaman PN - Bersih dan Stabil. Ahaks.




Zainuddin Omar


Notis tak semasa zaman PN, semua kementerian penting dipegang oleh MP Bersatu dan PAS pegang Kementerian picisan? 


**************

Bekas setiausaha politik kepada bekas Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur hari ini atas dua pertuduhan menerima suapan wang tunai berjumlah RM350,000.

Ia bagi  membantu sebuah syarikat mendapatkan tender perkhidmatan penyelenggaraan dan pembekalan alat ganti peralatan untuk Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Sayed Amir Muzzakkir Al Sayed Mohamad, 42, mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Azura Alwi.

Dia didakwa menerima suapan wang tunai RM350,000 daripada Wan Azhar  Mohamed Yusof selaku Pengarah Urusan Syarikat Nexuscorp Group Sdn Bhd sebagai upah membantu syarikat berkenaan mendapatkan tender Perkhidmatan Penyelenggaraan Dan Pembekalan Alat Ganti Bagi Peralatan Infrastruktur, Server, Perisian Dan Radio Pengguna Sistem RMPNet untuk polis PDRM bernilai RM381,112,042.44.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di pejabat Yayasan Tanah Aku, di Solaris Dutamas di sini, pada 4 petang, 4 Dis 2020 dan 3.30 petang, 16 Dis 2020.

ADS

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan, atau RM10,000 mengikut mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Zander Lim Wai Keong memohon tertuduh diikat jamin RM100,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan tertuduh perlu melaporkan diri di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) setiap bulan, menyerahkan pasport kepada mahkamah serta tidak mengganggu saksi pendakwaan terutama Wan Azhar sehingga kes selesai.

“Dia akan didakwa di Mahkamah Shah Alam (atas tuduhan lain) esok, oleh itu risiko untuk melarikan diri masih wujud,” katanya dan menambah kesalahan yang dilakukan adalah berat dan serius.

ADS

Peguam Md Yunus Shariff mewakili Sayed Amir Muzzakkir memohon anak guamnya diikat jamin RM40,000 dengan seorang penjamin dan dia bersetuju untuk menyerahkan pasport kepada mahkamah serta melaporkan diri di pejabat SPRM sehingga kes selesai.

“Jaminan bertujuan memastikan kehadiran tertuduh ke mahkamah dan tiada potensi untuk tertuduh melarikan diri memandangkan hartanya juga disita SPRM. Anak guam saya juga telah memberikan kerjasama yang baik sepanjang siasatan SPRM sejak Januari lepas,” katanya.

Azura yang menetapkan sebutan kes 12 Julai ini membenarkan Sayed Amir Muzzakkir diikat jamin RM60,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah, melaporkan diri di pejabat SPRM Kuala Lumpur setiap bulan sehingga kes selesai.

Sayed Amir Muzzakkir juga tidak dibenarkan berhubung, berjumpa atau mengganggu mana-mana saksi terutama Wan Azhar sama ada secara fizikal atau mana-mana medium.

- Bernama



No comments: