RUMAH SPNB AKAN MENGGUNAKAN CAT MESRA ALAM.

MSO







Ketinggian daya kreativi rakyat kita dalam memafatkan bahan terbuang  sungguh mengkagumkan.


Benarlah kata orang bahawa idea dan akal itu boleh menjimatkan masa dan mengurang kos. Akal dan idea boleh menjana kewangan. 


Hari ini Pengerusi SPNB Husam Musa telah memperkenalkan cat mesra alam 

yang dihasilkan dari sekam padi. 


Teknologi ini pertama kali muncul di Malaysia adalah hasil kajian sebuah universiti tempatan yang mengaplikasi sains dan teknologi dari Sepenyol yang dikeluarkan syarikat tempatan.


Demostrasi penggunaan cat tersebut pertama kali diguna oleh SPNB untuk mengecap sebuah rumah Mesra Rakyat (RMR) seorang penduduk di Kelantan. 


Kelebihan cat ini menurut Husam mampu menahan haba dari luar serta mendinginkan iklim dalam rumah secara alami serta menjimatkan eletrik. Ia sangat sesuai untuk rumah yang dibina di kawasan terbuka. 


Hasil atau warna yang diadunkan juga menarik dan unik dan tidak terkalah dengan cat jenis lain yang sudah terkenal.


Penggunaan cat berasas sekam padi ini kemungkinan digunakan secara meluas untuk rumah² rakyat yang dibina oleh SPNB. 


Syarikat perumahan lain juga boleh bertukar kepada penggunaan cat tempatan sebagai menyokong industri tempatan. Trims.