[panas] AHLI PARLIMEN LAWAN AGONG! ZAHID YAKIN BERSATU PUTIH MATA!


Sistem raja berperlembagaan dan demokrasi berparlimen membolehkan cabang-cabang demokrasi bersekali dengan raja berperlembagaan. Oleh itu tidak timbul isu ahli parlimen melawan titah Agong atas alasan kebebasan bersuara dan kebebasan berpolitik, kata pakar perlembagaan Institut Antarabangsa Pemikiran Islam dan Tamadun (ISTAC) dari Universiti Islam Antarabangsa, Profesor Datuk Dr Wan Ahmad Fauzi Wan Husain. “Tidak boleh ahli parlimen menyanggah titah Yang Di Pertuan Agong secara terbuka apatah lagi secara tidak beradab kerana ia merendahkan raja berdaulat negara. “Di negara ini kedaulatan Raja membentuk sistem demokrasi berparlimen,” kata beliau dalam satu wawancara eksklusif, Berita Harian. Beliau mengakui bahawa Malaysia mempunyai undang-undang khusus seperti Akta Hasutan untuk melindungi kedudukan raja. Untuk menambah baik keadaan ini beliau mencadangkan penubuhan Suruhanjaya Kedaulatan Raja-Raja dan Negara untuk tujuan pemantauan yang lebih berkesan. “Suruhanjaya Kedaulatan Raja-Raja dan Negara perlu diwujudkan bagi memantau setiap perkara yang membabitkan kedaulatan Raja dan negara.



No comments: