Pasukan penyiasat PDRM memaklumkan bangkai helikopter jenis AW139 milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia yang melakukan pendaratan cemas di perairan Pulau Angsa, pagi tadi dijangka dibawa keluar dari lokasi kejadian malam ini.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Deputi Superintendan Mohd Ambia Nordin memaklumkan, lapan anggota polis membantu Maritim Malaysia membuat kawalan keselamatan di lokasi kejadian.