LEKEH PUNYA PEMIKIRAN



Zainuddin Omar


 Saya tak faham kenapa ada setengah rakyat yang benci negara sendiri dan semua mahu diburukkan. 


Saya bangga menjadi anak Malaysia dan sentiasa naikkan nama negara di mana saya berada. 


Jalur Gemilang akan saya bawa ke mana pergi dan kalau tuan/puan tengok gambar saya di Antarctica, tiada rakyat lain yang bawa bendera mereka kecuali kami. 


Ringgit menurun sedikit kemain sorak walaun dan pengikut mereka seperti mereka berbelanja USD setiap hari. 


Berilah peluang PMX mentadbir negara sehingga PRU 4 tahun lagi kerana saya tak nampak pembangkang adalah alternatif lebih baik. Tak tahulah kenapa ada orang kita yang suka dengan geng penyakau. 


Seperti kata Carl Schurz,


“My country, right or wrong; if right, to be kept right; and if wrong, to be set right". 


*****************

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Azalina Othman Said menyatakan rasa kesal dengan sikap sesetengah rakyat Malaysia yang lebih suka menyanjung tinggi negara luar berbanding negara sendiri.


Kata Azalina, lebih buruk lagi apabila rakyat dengan mudah terdorong dengan berita-berita buruk mengenai kerajaan yang dipaparkan di media-media sosial hari ini.


“Perdana menteri pusing satu dunia cari pelabur, semua puji, semuanya hebat dan orang sibuk nak cakap songkoklah tak pakai. Ini semua clickbait (umpan klik) sebab kita enjoy berita buruk.


“Perdana menteri ke sana, sini, kenapa Datin Seri tak ikut, itu berita jahatlah.


"Inilah persekitaran kita, baik dan buruk tapi (bila) Singapura buat (konsert penyanyi antarabangsa) Taylor Swift boleh pula. Kemudian nak suruh Malaysia buat juga.


"(Isu penganjuran) Sukan Komanwel pun nak bergaduh, inilah masalah kita,” katanya ketika berucap pada Konvensyen Kebangsaan Mengenai Perlindungan Murid Daripada Eksploitasi Seksual di Shah Alam, hari ini.


Mengulas lanjut, Azalina berkata jika benar Malaysia begitu buruk pada pandangan mata rakyatnya kenapa warga asing yang masuk ke dalam negara enggan pulang.


“(Warga) Indonesia masuk balik ke tak? (Warga) Bangladesh masuk balik ke tak? Rohingya masuk, balik tak? Semua tak nak balik, kenapa tak nak balik?


“Kalau busuk sangat Malaysia, jahat sangat perdana menteri kesepuluh, baliklah. Betul tak?


"Ini tidak, dia datang, dia duduk, dia makan, dia tidur sebab ini adalah negara yang aman, selamat dan negara yang berjaya,” katanya.


Bagaimanapun Azalina mengakui isu kenaikan barang memberi kesan kepada banyak pihak.


"Betul, saya duduk di Shah Alam, kuih di bazar ramadannya RM1 seketul. Betul.


"Saya tak nafi (kenaikan harga barang) tapi terpulanglah nak makan ke tak nak. Ini pilihan kita,” katanya.


Dalam perkembangan berkaitan, Azalina mengingatkan penting untuk semua pihak memberi sokongan kepada sebuah kerajaan yang stabil.


“Itu sebab kita kena beri sokongan kepada kerajaan yang stabil, kepada perdana menteri kesepuluh Anwar Ibrahim supaya kami dapat tawarkan perkhidmatan kepada rakyat sampai habis penggal.


“Kalau nak tukar, tukarlah lepas itu. (Tapi, buat masa ini) biarlah kami bekerja. Ini tidak, sikit-sikit nak tukar.


"Tak akanlah kahwin isteri cantik tiba-tiba (bila berubah jadi) tak cantik nak cerai.


"Tak akan kahwin dengan isteri kurus bila dah gemuk nak cerai juga. Mana boleh. Jangan ikut hati, biar kami tadbir negara hingga habis penggal,” katanya.


Azalina juga berkata dia hairan dengan isu kejatuhan nilai ringgit yang mendapat maklum balas ramai pihak.


“Ringgit turun semua orang mengamuk. Kita ini import, eksport ringgit ke?


"Tak tahulah kalau tuan, puan beli saham antarabangsa hingga kita sibuk pasal ringgit.


“Macam nak gila marah kerajaan, tapi orang beri tahu saya setiap hujung tahun (ramai yang) terbang melancong ke luar negara punyalah ramai.


“Inap sewa semua penuh. Saya ahli parlimen Pengerang, dekat (dengan pusat peranginan) Desaru Coast, tapi saya tak pernah masuk Desaru Coast, satu bilik harga RM20 ribu, bukan saja (bilik berharga) RM17 ribu, RM20 ribu ke RM25 ribu, tapi penuh, dalam senyap-senyap orang Malaysia masuk tak beritahu orang,” katanya.


Azalina turut membidas sesetengah pihak yang liat hendak membayar cukai.


“Ini (apabila) Kementerian Pengangkutan suruh bayar cukai sikit, semua orang marah, pergi luar negara, keluar, masuk Thailand bayar cukai boleh pula.


"(Bayar cukai kepada negara) Indonesia boleh tapi Malaysia tak boleh,” ujarnya.



No comments: