Betul ke Harakah buat tajuk ni? Wow... Aku tak tahu sebab aku tak sudi nak follow Harakah ni.
Macam baik, kan Harakah cakna nasib penjawat awam tak dapat pencen? Podachit! Pencen memang tak ada tapi KWSP kan ada. Sama macam pekerja swasta. Dah pekerja swasta selama ni lepas bersara semua jadi pengemis ke?
Itu satu hal. Yang lebih syok, pekerja parti PAS sendiri, guru-guru Pasti, bukan setakat tak ada pencen, KWSP dan PERKESO pun tak ada, malahan gaji pun kurang dari gaji minimum. Dah macam PATI buat mereka. Gila-gila dia peras.
Inilah dinamakan hipokrasi. Konon ambil berat nasib penjawat awam. Tapi pekerja sendiri dia pedajalkan. Aku baru tengok videonya semalam. Yang tak best tu guru Pasti ni tetap salahkan pihak berkuasa juga. Dah dia sendiri yang pajak otak.
PAS ni macam makcik kepochi kat kampung tau. Dia sibuk hal anak dara orang pergi balik kerja naik Grab. Tak manis, katanya. Sekali tengok anak sendiri bunting sebelum menikah. Bersekolah lagi pulak tu. Begitulah perumpamaannya. Guane boh?
Raja Gelap II
.