Sekretariat Solidariti Palestin (SSP) hadir bagi menyerahkan
memorandum bantahan kepada Kedutaan Besar Amerika Syarikat (AS), hari ini.
Menerusi satu kenyataan, badan pengerak itu berkata memorendum
antara lain bagi menggesa secara konsisten gencatan senjata terhadap Palestin
selain menzahirkan kekecewaan AS yang bersekongkol dengan Israel melakukan
pembunuhan beramai-ramai.
"Kami terkejut dan kecewa dengan Amerika Syarikat yang
menunjukkan sokongan tersirat terhadap penindasan dan kekejaman sistematik
Israel ke atas Palestin walaupun selepas pengisytiharan oleh Mahkamah Keadilan
Antarabangsa (ICJ) jelas menunjukkan bahawa tindakan Israel merupakan jenayah
perang dan pembunuhan beramai-ramai di bawah undang-undang antarabangsa.
"Oleh itu, AS tidak boleh berperanan menjadi sebagai
penghubung dalam konflik global pada masa hadapan jika enggan menghormati
undang-undang antarabangsa," katanya.
Serahan memorandum di Kedutaan AS
Justeru, badan kemanusiaan itu menyeru Setiausaha Amerika Syarikat
kerajaan Antony J. Blinken mematuhi keputusan ICJ selaku badan kehakiman
tertinggi di perintah global.
"Antony J. Blinken sebagai Setiausaha Amerika Syarikat wajib
memastikan Israel mematuhi Piagam PBB terutamanya Konvensyen Genosid,"
jelasnya.
Selain itu, kumpulan pendesak itu juga turut meminta kerajaan AS
menghentikan pembiayaan dan sokongan ketenteraan kepada Israel bagi mengelakkan
konflik berdarah itu terus berlaku.
"Pihak AS tidak seharusnya membekalkan senjata dan kewangan
kepada tentera Israel untuk membunuh kanak-kanak, wanita dan orang awam yang
tidak bersalah," ujarnya.
Sebaliknya, kata SSP, pemulihan bantuan kemanusian perlu dibuat
bagi mengelakkan krisis kemanusiaan rakyat Palestin terus berlaku.
"Oleh itu, AS wajar segera meminta pihak berkuasa Israel
menghapuskan semua sekatan dan halangan untuk memudahkan bantuan kemanusiaan ke
Semenanjung Gaza seperti yang diarahkan oleh ICJ.
"Kegagalan AS untuk menyambut hasrat murni rakyat Malaysia
boleh menjejaskan hubungan persahabatan yang telah terjalin lama,"
jelasnya lagi.
Dalam hal berkaitan, semalam, SSP akan menganjurkan jelajah solidariti
Palestin ke seluruh negara sepanjang Februari ini.
Katanya, jelajah tersebut dianjurkan akan bermula di Kuala Lumpur
bagi menunjukkan kemarahan ke atas kekejaman Israel terhadap penduduk Palestin
di Gaza yang disokong Amerika Syarikat (AS).