SELAGI KEDIKTATORANNYA BERKUASA



MSO


Mursyid Am Pas kata parti itu ikhlas ajak Umno untuk perpaduan ummah. Hashim Jasin berkata demikian sebagai jawab dakwaan Zahid Hamidi yang kata Pas tidak ikhlas. 


Zahid rujuk yang tinggalkan Muafakat Nasional bukan Umno tetapi Pas kerana tergila nak gulingkan kerajaan PH. 


Disebabkan tindakan itu UmnoBN bersendirian dalam pilihan raya. 

Berkata lagi Hashim Jasin untuk perpaduan Pas bukan saja ajak Umno tetapi kaum lain juga.


Senang saja untuk tahu Pas ikhlas atau munafik tengok apa yang berlaku. Hashim barang kali lupa apa yang partinya buat apabila Agong cadang tubuh kerajaan Perpaduan, tetapi Pas menolaknya, lupa? 


Mungkin Hashim ada sedikit keikhlasan untuk mempersatukan Pas dengan Umno dan lain lain, tetapi tidak kepada presidennya. Makanya selagi Pas dipimpin Tok Dor maka sesiapa pun tak boleh bertindak apa apa kerana kediktatoran Tok Dor menguasai parti itu.


Kebiasannya sesebuah diktator itu hancur selepas pelopornya tiada. Trims.



No comments: