MAKI HAMUN BAGAI.SAMPAI BANTUAN CEPAT JA SAKAW..TAK GUNA BETOI






 Alhamdulillah, bayaran bagi Fasa 1 Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 akan disalurkan bermula hari ini. Bayaran maksimum bagi isi rumah pada tahun ini ditingkatkan lebih daripada 66% kepada RM500, ketimbang RM300 pada tahun lalu.


Saya akur bahawa kesulitan kenaikan harga barang merupakan masalah utama yang membelenggu sebilangan besar rakyat. Hatta, saya berharap peningkatan bayaran yang ketara ini dapat meringankan beban kalian.


Kerajaan MADANI beriltizam untuk memberi rakyat sejagat kehidupan yang bermaruah. Kunci kestabilan negara terletak kepada kesaksamaan dan keadilan sosial seperti yang didamba dalam kerangka Ekonomi MADANI.


Saya berharap penerima-penerima STR Fasa 1 ini dapat memanfaatkan sebaiknya bantuan ini.


#MalaysiaMADANI



No comments: