KENYATAAN MEDIA PARTI AMANAH NEGARA


 KENYATAAN MEDIA PARTI AMANAH NEGARA

7 JANUARI 2024


1. Menyedari tuntutan politik yang semakin mencabar, Parti Amanah Negara (AMANAH) sebagai salah satu komponen Kerajaan Madani, meningkatkan komitmen untuk bergerak dengan lebih jitu bagi sessi 2023-2026. Kesungguhan ini adalah bagi memastikan kerajaan pimpinan Dato' Seri Anwar Ibrahim ini kekal utuh dan stabil demi menjamin pembangunan negara yang mampan dan kehidupan rakyat yang sejahtera. 


2. Berteraskan semangat agenda perpaduan yang diangkat sebagai tema Konvensyen Amanah Nasional 2023, Jawatankuasa Pimpinan Amanah Nasional (JKP) dalam mesyuarat pertama pada hari ini yang dipengerusikan oleh Presiden AMANAH, YB Datuk Seri Mohamad Bin Sabu, sebulat suara memutuskan perlantikan jawatan-jawatan pengurusan merangkumi gandingan pimpinan berpengalaman dan muda di kalangan 27 orang JKP yang dipilih dalam Konvensyen Amanah Nasional pada 24 Disember 2023 sepertimana berikut:


Naib Presiden 4 : Dato' Wira Mahfuz Omar

Naib Presiden 5 : YB Senator Datuk Wira Dr Mohd Hatta Ramli

Setiausaha Agung : Muhammad Faiz Fadzil

Timbalan Setiausaha Agung : Pn Norhayati Bidin

Penolong Setiausaha : Mohd Faizul Salleh

Penolong Setiausaha : Ustaz Ridzwan Abu Bakar

Setiausaha Organisasi : Abang Mohd Kerdee Abang Masagus

Bendahari Agung : YB Ir Izham Hashim

Pengarah Komunikasi : Khalid Abd Samad

Pengarah Strategi  : Ahmad Sabki Yusof

Pengarah Pembangunan Sumber 

Manusia : YB Suhaizan Kaiat

Pengarah Syariah : Datuk Dr Hasan Bahrom

Pengarah Pilihanraya : YB Mohd Sany Hamzan


3. Bagi mengangkat suara akar umbi, perlantikan Pengerusi Amanah di peringkat negeri akan dibuat dalam mesyuarat Amanah Nasional yang akan datang setelah notis bertulis yang cukup diberikan kepada setiap kawasan Amanah seluruh negara bagi menamakan calon yang sesuai dan layak untuk dipertimbangkan dan diputuskan oleh Presiden dan JKP. 


4. Mesyuarat Amanah Nasional turut meluluskan kerangka pelan strategi yang dicapai melalui pemukiman pada 6 Januari 2024 dengan objektif untuk menguatkan parti melalui agenda mengukuhkan organisasi, membina kemantapan ahli melalui nilai² yang dikongsi bersama dan mengasaskan identiti perjuangan dan pendekatan politik yang disegani rakyat Malaysia berteraskan prinsip amanah, adil dan rahmat untuk semua. 


Sekian, terima kasih. 


Muhammad Faiz Fadzil

Setiausaha Agung 

Parti Amanah Negara