ZAKAT KUTIP DUIT LAJU BAGI LAMBAT

 

Asyraff Jeffry


"Kenapa Lembaga Zakat kutip duit laju tapi bila minta bantuan lambat? Persatuan Agama lain lagi cepat dalam agihkan bantuan!"

.


Saya tolong jawab.

.


Pertama sekali,kita kena faham bahawa tim yang kutip Zakat dan yang agihkan Zakat adalah tim yang berbeza. Sudah tentu SOP dan KPI mereka juga berbeza.

.


Yang kedua,nak kutip Zakat lagi senang berbanding agihkan Zakat. Ada database sudah cukup. Tapi untuk agaihkan Zakat, banyak proses perlu dibuat. Antaranya permohonan perlu dinilai dengan teliti. Ramai yang suka ambil kesempatan. 

.


Pernah kita digemparkan dengan sebuah keluarga di Kota Bharu yang tiada elektrik di rumah selama 16 tahun. Tapi bila disiasat,sebenarnya keluarga itu sudah terima bantuan tetapi tidak ingin berubah. Adakah mereka masih layak menerima Zakat?

.


Disebabkan golongan sebeginilah proses agihkan Zakat menjadi susah.

.


Yang ketiga,kita kena faham yang Zakat bukan diberikan kepada orang susah,fakir dan miskin semata-mata. Ada bantuan perubatan, bantuan Mualaf, bantuan rumah sewa, pengurusan jenazah, pendidikan dan banyak lagi. Jadi,ianya perlukan masa untuk diteliti satu per satu.

.


Yang keempat, kita juga kena faham yang bilangan Umat Islam di Malaysia lagi ramai dari penganut Agama lain. Jadi tidak pelik kalau bantuan dari persatuan Agama lain lagi cepat sampai kerana jagaan mereka lebih kecil berbanding Majlis Agama kita.

.


Saya nak kongsikan beberapa cerita;

.


Saya pernah ikut bagi bantuan kepada seorang Nenek Cina Non-Muslim yang kudung kaki disebabkan kencing manis. Sebelum ini dia bergantung kepada adiknya tetapi ketika saya pergi,adiknya sudah meninggal dunia. Dia hidup sebatang kera. Kalau Majlis Agama Islam Kelantan tidak bantu bayar sewa rumahnya, di mana patut dia tinggal?

.


Saya pernah ikut bagi bantuan kepada pesakit Bedridden. Untuk makluman anda,kos jaga pesakit Bedridden adalah sekitar RM900. Kos paling tinggi dekat Susu dan Pampers. Katil pun biasanya disponsor. Bayangkan kalau pendapatan isi rumah keluarga itu RM1500 sahaja. 

.


Saya pun pernah ikut bagi bantuan kepada seorang Makcik yang tinggal seorang diri. Dia tunjuk atap rumahnya yang baru dibaiki oleh Majlis Agama dan zahirkan kegembiraannya,sekarang air hujan tidak masuk ke dalam rumahnya lagi.

.


Apa yang saya cuba sampaikan,sebenarnya Lembaga Zakat di mana-mana Negeri memang buat kerja tapi mereka tidak cerita satu per satu kepada orang ramai. Cuma,bila ada sedikit masalah,itulah yang orang highlight.

.


Bagi saya,Majlis Agama dan Lembaga Zakat tidak bersalah secara total dalam kegagalan agihkan bantuan kepada orang yang memerlukan. Mungkin pekerja mereka tidak kompeten dan efisyen. Cuma,apa yang mereka boleh buat ialah nilai semula SOP dan perbaiki sistem supaya lebih cepat.

.


Saya doakan kepada semua yang mohon bantuan tetapi bermasalah dipermudahkan. Dan saya sarankan anda semua untuk cuba ikut sekali program-program yang dianjurkan oleh Majlis Agama dalam agihkan Zakat,baru anda tahu sebenarnya kerja ini berat dan penat.

.


Sekali lagi,semoga yang bermasalah dipermudahkan.



No comments: