Modus operandinya adalah sama semenjak berzaman;










1. Pohon tanah dengan kerajaan atas nama syarikat bumipetra (syarikat A, biasanya ada back up politik yang kuat).

2. JV dengan agensi/anak syarikat kerajaan negeri, tanah didaftarkan atas nama agensi/anak syarikat kerajaan negeri/Badan Kebajikan)

3. Jual surat kelulusan kepada syarikat B,  syarikat B ambilalih syarikat A dan tukar pemegang saham serta lembaga pengarah(biasanya dah jadi 80-95% share dipegang oleh non bumi)


4. Syk B majukan tanah, keluar balak, bersih kawasan, buat teres dan tanam sawit/getah atau lain lain spesis ladang hutan. Runner Syk A yang mendapat kelulusan merayau rayau cari tanah lain pula. 

5. Selepas 3-4 tahun syk B jual pula kepada syk  C, D, E dan seterusnya sehingga kadang kadang syarikat tersebut dimiliki sepenuhnya oleh warga asing.

6. Status tanah kekal hakmilik atas nama agensi/anak syarikat/badan kebajikan. Namun tanah dan proses pemajuannya telah dikuasai sepenuhnya oleh pemilik syarikat secara pajakan sehingga 99 tahun.



No comments: