Dalam kes ni..saya melihat beberapa perkara.



1. Ramai muslim yang tak tahu pemuda kahfi ni dari bani Nasrani, kini dah tahu.


2. Orang Kristian yang tak tahu bahawa al-Quran ada surah khas berkaitan al kahfi ni, mungkin mereka akan mula baca.


3. Ramai asatizah bangkit sampaikan ilmu yang benar berkaitan isu ini. Sekaligus menolak sikap suka menyesatkan orang, mengkafir dan membodohkan.


4. Telah terdedah sisi sebenar bekas pemuzik bernama Zamrul yang tidak mendapat pendidikan formal dalam bidang agama, dan tiada tauliah dibanyak negeri.


5. Terdedah juga dari bekas penganjur program yang soalan yang dibaca bukan spontan, tapi dipilih dari soalan yang boleh dijawab, soalan yang boleh menimbulkan gelak ketawa sebagai hiburan, soalan yang digunakan untuk hentam musuh politik dan soalan yang boleh buat 'content'


6. Dr Tanaka rujukan walaun juga terpaksa mengakui kebenaran apa yang disampaikan oleh PMX, tapi pertahankan Zamrul dengan alasan beliau faham Kristian trinity.


7. Disebabkan Zamrul sendiri pernah akui ada Kristian masuk syurga iaitu yang kekal tauhid kepada Allah dan ajaran nabi Isa pada 2018, maka jawapan kini hanya menunjukkan sikap tidak jujur pada ilmu yang diamalkan oleh Zamrul.


8. Zamrul dan walaun tiada beza. Mereka menghentam walaupun benda betul.



No comments: