MANA ADA PARTI BORNEO SETUJU DENGAN PAS




 GPS memang alergi dengan PAS. Jadi berita ni susah nak dipercayai. GPS hanya akan bersama PAS kiranya UMNO ada bersama. UMNO - bukan sebahagian dari UMNO! Sebab sokongan mesti secara en bloc.


Tapi tetap caranya hanya melalui usul undi tak percaya sahaja. Bermakna, tanpa sidang parlimen, pertukaran kerajaan tak akan berlaku. Tak boleh dah nak buat di hotel sambil makan macam Langkah Sheraton dulu.


Ok, macamana kalau betul ada usul undi tak percaya dan betul DS Anwar kalah dalam usul tersebut?


Kena ingat, masa Kerajaan Perpaduan baru ditubuhkan ada satu MoU yang ditandatangan oleh MP dari setiap parti kerajaan. Antara kandungan MoU itu adalah, jika ada MP kerajaan yang menyokong mana-mana usul yang jejaskan keabsahan kerajaan, maka MP itu dikira telah meninggalkan parti.


Natijah dari itu, mengikut Akta Anti-Lompat Parti, MP itu dikira telah mengosongkan kerusinya. Bermakna, mana-mana MP kerajaan yang menyokong usul undi tak percaya, akan kehilangan kerusi mereka.


Jadi, kalau sebahagian daripada UMNO, seperti yang disebut dalam posting di bawah ini, menyokong usul undi tak percaya, mereka akan dikira letak jawatan. Maka akan ada siri PRK untuk kerusi-kerusi tersebut.


Sebab tu awal-awal dulu ada usul undi percaya untuk DS Anwar tapi pembangkang enggan mengundi sebab tahu tak akan ada MP Kerajaan yang berani untuk tak menyokong undi tersebut. Nampak? Ia tak semudah yang dikatakan.


Permainan naratif tukar kerajaan ini niatnya sekadar untuk wujudkan ketidak stabilan politik je. Sedangkan mereka semua arif ianya takkan berlalu atau paling tidak, terlalu amat sangat sukar untuk dilaksanakan.


Aku sarankan lebai teruskanlah memainkan naratif ini kerana hasilnya nanti mereka akan buatkan ahli dan penyokong mereka jemu. Percayalah, cerita seperti ini hanya akan makan diri lebai sendiri nanti. Guane boh?


 

Raja Gelap II