Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2024 (Belanjawan 2024) diluluskan di peringkat dasar dalam persidangan Dewan Rakyat petang ini.
RUU terbabit diluluskan secara undian suara dengan lebih suara menyatakan 'setuju'
Sebelum itu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan menggulung perbahasan Belanjawan 2024.
Kementerian Kewangan adalah kementerian terakhir membuat penggulungan.
Pada 13 Oktober lalu, Anwar membentangkan belanjawan melibatkan peruntukan RM393.8 bilion iaitu belanjawan tertinggi pernah dibentangkan dalam sejarah Malaysia.
RUU perbekalan dibahaskan selama lapan hari sejak 16 Oktober lalu oleh 162 Ahli Parlimen dari blok kerajaan dan pembangkang dan digulung oleh kesemua 25 kementerian dan tiga Jabatan Perdana Menteri selama empat hari dari Isnin lepas.
Perbahasan RUU berkenaan bagi peringkat jawatankuasa dijadualkan selama 12 hari bermula 6 November ini.