POLIS BOLEH AMBIL TINDAKAN

 Khawarij 




Mohamad Fairul AlQasas.



Dulu saya pernah jadi Ketua Pemuda Pas Cawangan. 


Dalam grup wasap Cawangan, campur semua ajk tak sampai pun 20 orang.


Ada satu hari tu SU buat satu kenyataan umum nak bersihkan grup wasap, 


Saya hairan jugak, nak bersihkan buat apa, ahli bukan ramai pun.


Tup-tup saya kena buang tanpa sepatah perkataan. 


Puncanya apa?


Puncanya saya persoalkan Pas nak buat hudud. Masa tu belum pecah PR lagi.


Dah lama senyap soal hudud, tiba-tiba bawa isu hudud.


Saya kata, fokus lah buat benda kita boleh buat dulu, hudud ni dah lah tak boleh nak buat lagi, bila bukak cerita,  ada sokong ada tak, kita pulak kalut dok label munafik, kafir apa semua.


Start dari situ lah Pas Cawangan pinggirkan saya.


Ok sekarang nak cerita apa. Ni contoh Khawarij,  naik semangat sebab budak sekolah dilarang pakai pakaian seperti Hamas dan bawa senjata mainan.


Benda ni saya dah ulas dan ada beberapa tulisan bagus juga dah dikongsikan.


Tungku Mahkota Johor yang juga Brig.Jeneral tu pun bantah.


Tapi benda ni ada orang dapat laba politik dia.


Dan mungkin juga benda ni dirancang,  wallahuaklam. 


Tengok sekarang dah ada yang halalkan darah YBM Pendidikan. 


Sampai tahap tu.


Sebelum ni ada nak BOM Wan Azizah. 


Nampak tak. Cuba dibenarkan apa sahaja mereka nak buat, nescaya negara kita akan jadi macam Afghanistan. 


Bom sesama Muslim.


Puak ni sangat bahaya. Polis please lah ambik tindakan tegas.



No comments: