JANGAN CEPAT MELATAH

 




Ada yang minta aku ulas isu PLKN yang kononnya akan panggil mereka yang berumur sehingga 35 tahun. Ramai yang melatah. Mujur aku jenis ulas berita lambat sebab biasanya aku cari info sebelum ulas. Kalau tak aku pun sama melatah.


Yang dikatakan sehingga umur 35 tu, adalah apa yang terkandung dalam akta. Menurut akta, mereka yang dikerah tak boleh berumur di bawah 16 tahun dan tidak melebihi 35. Bukan kerajaan nak panggil mereka yang berumur hingga 35 tahun.


Boleh baca lanjut di https://mk.my/TIV2002.


Panggilan akan dibuat berdasarkan tahun kelahiran. Untuk tahun depan, cuma mereka yang lahir pada tahun 2007 sahaja akan dipanggil. Yang tak dapat hadir, boleh tangguhkan. Dan tangguh ni la sampai umur 35. Begitulah ceritanya.


Ini semua kes keliru je. Tapi kalau betul pun, ok juga rasanya. Sebab tengok di media sosial sekarang ni, ada ramai yang patut rasa 'kerasnya hidup'. Jenis manja, lembik, lembut, terutama geng walaun yang semuanya nak bersuap. Bagi dorang rasa.


Dah tak payah risau la. Tak adanya kena kendong anak atau kena bawak minyak urut pergi PLKN tu. Semuanya salah faham je ni. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


No comments: