Kecoh sehari ini PKR duduk dalam "Israel Liberal Grup"





1. Mereka pun bagi lah link ni.

https://liberal-international.org/members/israeli_liberal_group/


2. Jadi bila buka link ni memang lah terus ke Israel link group. 


3. Kreatif mereka dalam nak "mengisraelkan dan meyahudikan" seseorang atau sesekumpulan musuh mereka.


4. Taktik yang sama ketika mereka "meyahudikan" Wan Azizah dengan pergi ke IG Netanyahu. Walhal gambar yang dikongsikan adalah majlis umum dan rasmi anjuran USA sempena perhimpunan PBB.


5.Suka sangat lah mereka buka web-web Israel ni. Tujuan mereka jelas nak yahudikan dan israelkan musuh mereka.


6. Lawan web atau HOME rasmi Liberal International ialah ini


https://liberal-international.org/


7. Di dalamnya ada semua parti yang bersifat liberal. Mereka bergabung diperingkat antarabangsa untuk berkongsi persamaan. 

(Kemaskini - PKR bukan ahli Liberal International, PKR hanya pemerhati dalam Liberal International disahkan oleh Anwar Ibrahim dan Fahmi Fadzil ) 


8. Tidak bermaksud untuk setujui semua perkara.


9. Liberal maksudnya bebas. Contohnya Liberal dalam pendidikan. 


Contoh ayat, anak-anak sekolah bebas untuk memilih sekolah dan aliran mereka.


Nak masuk sekolah tahfiz boleh

Nak masuk sekolah agama boleh 

Nak masuk sekolah kebangsaan boleh

Nak masuk sekolah cina/Tamil boleh

Nak masuk sekolah International pun boleh.


10. Jadi dalam konsep politik, PKR mengamalkan konsep Liberal demokrasi. 


11. Bacaan lanjut pernah saya tulis disini


https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=6594606707274110&id=100001745393116&mibextid=2JQ9oc


12. Sebab itu orang PKR atau mereka yang faham tak makan dengan fitnah PKR ni "Islam Liberal" dan geng Israel. 


13. Dalam PBB pun ada Israel, tapi kita tetap sertai PBB.


14. Anwar Ibrahim yang islamik dan keluarga menutup aurat, mereka tolak dan tuduh liberal.


15. Mahathir yang sekular dan keluarga tak tutup aurat, mereka lantik jadi penasihat.


Begitulah.


Terima kasih. 


Muhammad Fairul Al Qasas 

Menyampaikan berita benar.


Muhammad Fairul Al Qasas

#PKRPahang 

#MalaysiaMadani 

#KerajaanPerpaduan 

#PMX



No comments: