YB PAS 'PUAS' DAPAT GUNA PARLIMEN MEDAN KAPIR MENGKAPIR.


1. YB PAS Marzuk dengan bangga Kapirkan DAP secara borong.


2. Bila wakil DAP kata, dalam DAP ramai juga wakil rakyat dan ahli Muslim.


3.  YB PAS terus pertahankan tindakannya. YB PAS lain berbondong2 masuk campur tunjuk alimnya mereka dalam hal agama.


4. Begitulah penyakit Khawarij sejak dulu. Boros dalam isu kapir mengkapir.


5. Untuk lebih cermat agar kekufuran itu tidak kembali kepada YB PAS, bukankah elok berhenti je setelah diperingatkan?


6. PAS suka 'mempersenjatakan' agama untuk laba politik. Walhal di Harakah pun tidak gunakan Kafir bila merujuk non-muslim. PAS guna 'Muslimin dan Kafirin' ke dalam Majlis DHPP PAS?


7. Kata Dr Maza "tok sah (jangan) main isu akidah dalam politik ni". Sepanjang sejarah Islam, pemain politik selalu dijangkiti penyakit Ghuluw dan Takfiri.


8. Ahli PAS sangka dapat pahala lawan PHBN yang mereka label sebagai kafir, munafiq, sekular, liberal, ahli neraka, musuh Islam. Rupanya itu tanda2 KHAWARIJ. Pihak yang lawan Khawarij lah sebenarnya dijanjikan pahala.


9. PAS berjiwa PENGHUKUM, bukannya PENDAKWAH. Sebab tu PAS juara Hudud dan RUU355 tapi gagal dengan teruk hal kesejahteraan rakyat.


10. Gagal wujud peluang kerja, hapus kemiskinan, air paip karat. Presiden PAS pula seperti tak tahu baca data Inflasi setelah lama jadi MP.


11. Puncanya kerana tafsiran jumud  'perjuangan Islam' PAS atau 'membangun bersama Islam'. Walhal Maqasid Syariah ini sangat luas.


12. PAS tersesat jauh dari wajah sebenar Islam. PAS burukkan wajah Islam pada mata non-muslim.


Ahmad Mursi