KELANTAN BAKAL KEMBALI KEPADA 2 PENGHULU SATU KAMPUNG.





Che Ibrahim


1. Sejarah 2 penghulu satu kampung bakal berulang, itulah kehendak politik semasa, sesuatu yang tidak boleh dielak akibat semua benda digerakkan atas nama politik. Penyelesaiannya terpaksa kembali kepada sifir urusan Persekutuan serah kpd agensi persekutuan, urusan negeri serah kepada agensi negeri.


2. Penubuhan JPKKP disambut baik oleh parti parti dalam Kerajaan Madani, namun ianya satu ujian baru kepada kesepakatan Kerajaan Perpaduan. Sejauh manakah BN dan PH dapat berteloransi dalam mengagihkan secara adil "ghanimah" ini atau mereka terpaksa bercakaran untuk beberapa waktu mencari formula agihan 636 mukim JPKKP seluruh Kelantan.


3. BN mungkin tidak banyak cabarannya kecuali sekadar berusaha mendapat sebanyak mukim kouta JPKKP untuk mereka. Berlainan dengan PH, dalam usaha mereka untuk memenuhi kehendak mendapat sejumlah kouta yang relevan untuk PH, mereka bakal pula berhadapan kemelut agihan mukim antara PKR, Amanah dan Dap yang sudah tentu akan berusaha untuk mendapat sejumlah JPKKP yang relevan bagi parti masing masing setelah mereka kecewa semasa agihan kerusi PRN baru baru ini. 


4. BN mungkin belum diuji dengan situasi ini kerana BN tidak dianggotai banyak parti. UMNO dilihat sebagai penguasa tunggal kepada BN. Berbeza dengan PH, pengalaman berkongsi kuasa bersama Bersatu, PKR, Amanah dan Dap semasa 22 bulan berkuasa telah meninggalkan banyak kenangan pahit termasuk perlantikan JPKKP (dulu dikenali sebagai MpkkP) yang hanya sempat menikmati bayaran 2 bulan elaun, hari ini terima watikah perlantikan JPKKP, esok kerajaan PH jatuh!!!!!!