BEZA 'PEJUANG ISLAM' DAN 'PEJUANG KHAWARIJ'



1. Pejuang Islam tidak menghukum, mereka pendakwah. Tidak kafirkan atau munafikkan orang lain sesuka hati. 


2. Pejuang Khawarij sangat mudah menghukum dan 'downgrade' iman orang lain dengan pelbagai label Kafir, Munafiq, Anti-Islam, Sekular dan Liberal.


3. Pejuang Islam punyai akhlak yang baik cerminan ajaran Islam. Sabda Nabi "Sesungguhnya tidak aku diutuskan melainkan untuk menyempurnakan kebaikan akhlak".


4. Pejuang Khawarij pula bawa slogan Islam tapi lakukan dosa besar seperti Qazaf, memaki hamun, mencela, mencarut, memfitnah dan pemimpin begitu dijadikan idola dan dianggap layak mati syahid.


5. Pejuang Islam lakukan ibadah tidak menunjuk-nunjuk, tidaklah sampai buat live nak bagitau dunia "aku tahajjud".


6. Pejuang Khawarij pula solat, puasa, bacaan Quran mereka hebat, ibadah orang lain dianggap lekeh,  Amalan dan mimpi2 pemimpin juga diwar-warkan.


7. Pejuang Islam berlapang dada dan faham tidak semesti berjuang dalam kelompok mereka. Ramai juga berjuang dalam ekonomi, politik, pendidikan, keusahawanan, basmi kemiskinan untuk penuhi tuntutan agama makmurkan bumi Allah.


8. Pejuang Khawarij rasakan hanya mereka sahaja pejuang Islam, selain dari mereka dianggap "lawan perjuangan Islam" kerana Islam mesti tertegak ditangan mereka.


9. Pejuang Islam menyokong perkara baik, menentang yang mungkar.


10. Pejuang Khawarij pula, perkara baik seperti nokhtah kemiskinan, prinsip Madani pun ditentang, dicipta fitnah malah dituduh Firaun. Kerana kebaikkan itu bukan dibuat oleh puak mereka.


Jauhilah fikrah Khawarij kerana Nabi SAW menyebut: "Khawarij adalah anjing-anjingnya neraka" (HR Ahmad)


Ahmad Mursi.