SELAMATKAN MALAYSIA. JOM KITA BACA KERAJAAN SEBELUM INI. SELAMATKAH KITA ?.


Ada demo esok di Kampung Baru. Katanya gerakan Selamatkan Malaysia. Oklah nak berdemo pun. Kita hormat hak bersuara. 


Set2 Kerajaan ni dulu pun buat Demo Bersih dan Reformasi. Mereka kena hadap la. Pembangkang buat pula. 


Cuma, saya nak faham. Nak Selamatkan Malaysia dari siapa sebenarnya? Depa kata dari Kerajaan sedia ada. Tapi alternatifnya bagaimana? 


Mari kita kaji pilihan yang lagi satu pula. 


******************************


❌ Zaman PN, lantikan barisan Menteri dan Timbalan sampai 74 orang, siap Duta Khas 4 orang. Banyaknya makan gaji buta sahaja. Tak nampak buat kerja. Kalau mereka naik pun scheme of things yang sama. Kalau macam tu, selamatkah kita? 


❌ Kerajaan sekarang gugur kes 47 pertuduhan TPMnya. Tapi PN pun buat benda sama. Dulu drop case untuk TS Musa Aman, 47 pertuduhan juga. In future macam mana? TSMY dan Wan Saiful Wan Jan pun Kluster Mahkamah, bila mereka naik, sure perangai sama. Undang2 hanya terpakai kepada marhein, bukan kayangan. Maka selamatkah kita? 


❌ Ekonomi teruk satu dunia. Kalau tukar Kerajaan pun, India tetap larang eksport berasnya. Satu dunia rasa kesannya. Adakah kalau PN naik, diaorg boleh settle? Zaman diaorg pun dulu, barang tiada. Harga minyak masak sekali ganda. Maka selamatkah kita kalau mereka kembali berkuasa? 


Saya bagi 3 dulu, untuk kita perah otak. Pikir antara mudarat kecil dan yang besar. 


Politik ini memilih the lesser of 2 evils. Yang kurang mudarat kepada negara. Tepuklah dada, tanyalah iman jua. 


Selagi mereka tak ranapkan negara, kita biar mereka buat kerja. PRU16 kita pertimbang lain pula.


Salam hormat,

Liyana Marzuki



No comments: