SIKIT ULASAN DAN PUNCA BERAS KURA NG DI PASARA

 

Kawan isteri aku mesej dia minta aku ulas tentang ekonomi terutama soal harga barangan yang makin naik sekarang ini. Asalnya aku agak keberatan.


Sebab yang pertama, ekonomi bukan bidang aku. Untuk ulas selepas baca beberapa artikel, rasanya bukan cara aku. Sebab aku bukan walaun.


Keduanya, sebab dalam bidang ekonomi ni, terlalu banyak pemboleh ubah. Bayangkan perang Russia pun boleh pengaruhi harga barang? Kan jauh tu.


Tapi kalau setakat nak cerita soal kenaikan harga barang ni, bolehlah sikit. Sebab itu kita boleh faham kalau kita ada ambil tahu perkembangan dunia.


India adalah negara pengeksport terbesar industri pertanian. Macam beras pun, India bekal 40% dari pasaran dunia. Hampir separuh beras dari India.


Masalahnya sekarang bekalan beras di India sendiri pun bermasalah. Disebabkan el-nino, pertanian di India terjejas teruk. Termasuklah pertanian padi.


Untuk mengawal inflasi makanan, kerajaan India menyekat eksport beras selain Basmathi. Dan ini membuatkan bekalan beras dunia terganggu.


Bukan hanya di Malaysia, bahkan di seluruh dunia. Thailand juga turut terjejas. Basic economy, bila permintaan tinggi dan bekalan kurang, harga pun naik. 


Kenaikan harga beras tak berlaku di Malaysia saja. Bahkan di Thailand, khabarnya selama.beberapa minggu, harga beras naik 20% setiap minggu. Gila!


Tapi di Malaysia ni kerajaan (dari sebelum ini lagi) telah ambil langkah proaktif dengan menetapkan harga siling beras tempatan kepada RM2.60/kg.


Jadi yang naik hanya beras import. Beras tempatan harga kekal. Tapi beras tempatan cuma mampu tampung hingga 65% permintaan beras tempatan.


Jadi macamana pun kita kekurangan bekalan. Baru ni pun kementerian ada minta syarikat naikkan pengeluaran beras lagi 20% untuk penuhi pasaran.


Tapi bukan itu saja masalahnya. Di Malaysia ini ada pelbagai jenis manusia. Dan cara manusia-manusia ini hadapi masalah kekurangan beras ini berbeza.


Pertama, ada pembeli panik. Ini jenis kiasu. Dia dengar harga beras nak naik, lekas-lekas dia beli stok banyak-banyak dan convert rumahnya jadi granary.


Kedua, pembekal yang jahat. Disebabkan harga beras import naik, jadi mereka tukar pembungkusan agar beras tempatan menjelma jadi beras import. 


Ketiga, pengusaha curang. Macam aku tulis tadi, harga beras tempatan di kawal. RM2.60 terlalu murah. Jadi mereka sekat supply supaya kerajaan naikkan harga siling beras tempatan.


Keempat, ada pekedai yang tamak. Mereka ni sorok beras dengan harapan kerajaan akan naikkan harga beras tempatan. Jadi mereka akan jual semula bila harga beras dah naik. Untung lebih besar.


Kelima (tambahan), ada sekumpulan manusia yang tak puas hati dengan kerajaan. Mereka sorok beras dengan niat nak bangkitkan kemarahan rakyat terhadap kerajaan.


So, ada macam-macam perangai. Dan perangai ini susah nak dikawal. Mereka ini semua ada beribu helah nak elak tertangkap. Orang jahat selalu licik.


Letaklah kerajaan mana pun, orang jahat seperti yang aku senaraikan di atas memang tetap akan ada. Bukan di sini saja bahkan di seluruh dunia.


Mujurlah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan dah mulakan projek untuk meningkatkan penghasilan beras dalam negara. Kalau tak lagi parah.


Dalam situasi ini, aku lihat ada satu saja kesilapan yang berpunca daripada DS Anwar. Hingga hari ini belum lagi dilantik Menteri KPDN yang baharu.


Tanpa menteri, perjalanan kementerian terganggu dan penguatkuasaan tak cukup aktif. Tak seperti ketika Allahyarham Salahuddin Ayub dulu.


Kementerian perlu serbu bukan saja kedai-kedai, bahkan gudang dan kilang untuk membasmi segala kegiatan curang yang merugikan rakyat segera.


Nampak sangat sebaik harga beras import naik, beras tempatan pun terus hilang dari pasaran. Jelas ini semua hasil kerja konspirasi.


Tanaman padi memakan masa untuk membuahkan hasil. Jadi rasanya keadaan ini akan berlarutan untuk satu tempoh yang panjang. 


Sekiranya penguatkuasaan tak dimulakan sekarang, keadaan akan semakin meruncing dalam seminggu dua lagi. Harap DS Anwar lantik seorang menteri yang sama hebat, kalau pun tak dapat menyaingi kehebatan Allahyarham DS Salahuddin. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.