Aku malas nak ulas panjang isu ni. Betul apa yang Rafizi katakan tu. PH tak setuju, itu hak PH. Tapi hak berikan pengampunan tu hak YDP Agong. Kalaulah YDP Agong perkenan berikan pengampunan, PH tak ada hak untuk bantah.
Ahli UMNO tak perlu marah. Ini jawapan politik yang paling tepat. Andai kata Rafizi kata PH sokong, dan andai kata YDP Agong berikan pengampunan, dah pasti PN akan mainkan isu ini untuk kata DS Anwar campur tangan nanti.
Tapi yang aku nak tumpukan bukan soal kenyataan Rafizi ni. Tapi sebaliknya cara media mainkan isu ni. Boleh dikatakan semua media letak tajuk PH tak setuju Najib diberi pengampunan. Ini cara mereka pancing kemarahan ahli UMNO.
Hebat permainan media. Mereka pergunakan isu ini untuk goyangkan Kerajaan Perpaduan. Cara tajuk diolah menunjukkan macam PH tak hormati UMNO. Ini bukan kebetulan ni. Tajuk yang sekata sebegini seolah memang dah dirancang.
Sayangnya masa Gerakan tolak modul hadits 40 dulu, kisahnya tak dimainkan sebegini rupa. Rugi PH. Sepatutnya para pemimpin PAS diasak dengan soalan berkenaan kenyataan Gerakan. Sebaliknya PH pula yang selalu terkena.
Sedih tengok cara media layan PH. Dah macam PH yang pembangkang dah. Kebanyakan berita berikan kelebihan kepada PN tapi merugikan PH. Entah apa yang terjadi sebenarnya. Tapi aku pun setakat boleh berkomentar je la. Guane boh?
Raja Gelap II
.