ULASAN RINGKAS


Norman Radzuan



*Shahir kena kuat iman… kena tenang.

*Shahir kena byk pengetahuan dan jgn seperti Tuan beg ditanya lain dijawab lain.

*Shahir tidak boleh mengharap atau terikat dgn nota tetapi hujahan lebih kpd umum dan menyakinkan.

*Shahir mula emosi apabila cuba mengubah format debat.


*Rafizi tenang dan membuat checkmate disaat akhir.

*Rafizi terlalu bicara secara intelektual sdgkan byk bola tanggung diberikan Shahir.

*Rafizi telah membuka pekung bagaimana pemimpin PAS masih tiada tokoh ekonomi yg baik utk bicara secara intelektual.


Persoalan yg membuat saya tertanya tanya seperti ada tidak kena yg perlu siasatan. Bagaimana infografik boleh ditayangkan dlm pendebatan. Lebih hebat Shahir adalah dari pembangkang.


Ia tidak pernah berlaku dlm mana2 debat sebelum ini walaupun melibatkan DS Anwar  dan DS Najib. Kita perlu bertanya kpd Rafizi adakah beliau bersetuju dgn info grafik tersebut atau dia sendiri tidak mengetahuinya hingga saya lihat ia seolah Shahir sdg membuat pembentangan bajet.


Rumusan Shahir perlu membuktikan beliau mampu mengubah ekonomi Kelantan dahulu sebelum bicara soal ekonomi negara. Mengapa Kelantan terus berharap kpd pusat utk membayar gaji kakitangan dan pertumbuhan ekonomi mereka. 


Shahir lupa negeri2 yg ditadbir PAS mundur dan miskin. Shahir juga lupa PH 2018 telah memberi wang royalti tetapi kerajaan PN telah mengubahnya kembali kpd wang ihsan. 


Terima kasih Shahir beritahu HUTANG wajib dibayar oleh kerajaan Kelantan. Walaupun kdg2 ditanya lain dijawab lain, gagal dlm berpantun dan kadang2 emosi… anda tetap anak jantan berbanding Sanusi.



No comments: