Adrian Lim
FB mengeluarkan laporan menyatakan PN Selangor telah membelanjakan puluhan ribu untuk "boost" posting memfitnah MB Selangor.
Saya mengikuti isu Gerbang Maritim Selangor sebab nampak gempak. Wow. RM10 bilion.
Yang saya perhatikan...
Yang lantang menggoreng isu ini cuma pencacai dan akaun palsu di media sosial.
Seorang pencacai menyorok di Manshester, UK.
Seorang lagi pencacai hilang kerja lantikan politik selepas PN kalah.
Kedua-duanya tidak mempunyai apa-apa kredibiliti. Kalau disaman pun bukannya ada apa-apa hasil sebab seorang di luar negara, seorang lagi takde duit untuk bayar pampasan.
Anehnya. Takde seorang pun pemimpin PN yang mempunyai duit berani mengulangi pertuduhan yang sama.
Muhyiddin Bersatu senyap.
Azmin Bersatu senyap.
Ahmad Yunus Pas senyap.
Senyap je...
Sepatutnya, kalau pertuduhan yang dibuat mempunyai asas, sudah tentunya Muhyiddin, Azmin dan Yunus akan berceramah tentang isu ini untuk political mileage. Lebih-lebih lagi musim PRN.
Contoh.
Rafizi bongkar NFC.
Tony Pua bongkar 1MDB.
Saifuddin bongkar REE.
Berani kerana benar.
Pembongkar tak makan saman sekiranya pembongkaran yang dibuat mempunyai asas dan kebenaran.
Tapi tu lah. Aneh sungguh. Kenapa takde seorang pemimpin PN berani ulangi pertuduhan-pertuduhan yang dilempar dalam media sosial.