APA MODEL EKONOMI? ANWAR NAIK HELI CAM RETIS, KESTABILAN....TU BUKAN MODEL ....SAMDOL...

 

Gino Marvela.


Debat mlm td tak mencapai matlamat, lain di tanya...lain di jawab. Kita tanya apa model ekonomi nak di bawa, ketua pengawas lebai kata, "mereka nak stability". 


Selama 33 bulan PN memerintah, stabil ka ? 


Stabil jadah apa asyik berebut aku nak jadi menteri, aku nak jadi PM tepi. Kemudian beri model kaki rumah, dinding rumah, bumbung. Dah 30 tahun lebih pas perintah Kelantan, kehidupan rakyat di sana stabil ke dak ? Jauh lg nak sampai kestabilan tu.


Untuk makluman, kerajaan pusat sudah menyalurkan hasil petroleum sebanyak RM400 juta kepada Kelantan pada 2020 dan 2021 hasil lima peratus daripada pengeluaran petroleum di medan-medan berhampiran Kelantan. 


Persoalannya, apa kestabilan yg di beri kpd rakyatnya. Jalan raya buat tak siap, minta kerajaan yg di terajui Anwar bayar hutang tertunggak & teruskan projek sampai siap. Yg peliknya...


- Pada Jun 2016, kerajaan yg di terajui Najib ketika itu telah hapuskan hutang RM56 juta hutang air negeri Kelantan di bawah penstrukturan semula perkhidmatan bekalan Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB). 


- Kemudian pada 2023 pentadbiran kerajaan di bawah tangan Anwar, sekali lg Kelantan meminta kerajaan pusat hapuskira hutang air sebanyak RM275 juta! 


Jadi, model ekonomi kestabilan apa yg si Syahir tu cakap ? Memerintah Kelantan, dh buat hutang...tapi hutang minta org hapuskan ?


Peluang jadi kerajaan dah dapat 33bulan. Itu pun hasil tebuk atap. Satu habuk kerja apa pun tak buat. 


Nak cakap model ekonomi (kestabilan), itu bg kami hanya retorik Kelantan ja. Infrastruktur asas rakyat di negeri sendiri pun tak sempurna, inikan pula berkobar nak jadi kerajaan lg. 


Apa yg Muhyiddin buat 17 bulan memerintah, kemudian tukar kepada Mael Sabri 33 bulan...mereka hanya tutup ekonomi (covid), kemudian bila rakyat dh angkat bendera putih, buka kembali ekonomi sikit2. 


Itu saja pun. Pelaburan ketika itu hampir kesemuanya lari ke negara jiran. Indonesia & Vietnam covid juga, tp pelaburan asing FDI mencurah masuk. 


Malaysia hanya bertahan saja. Sambil jual facemask RM5 sekeping, beri projek kerajaan Janawibawa ke kedai perabot apek cina, keluar duit kwsp rakyat sendiri, sakau sana sini hingga kini SPRM masih lg mengejar menantu Muhyiddin, menteri kabinet teramai sekali, duta timur tengah yg tiada fungsi. 


Model apa yg mereka bawa ? Yillek!!! 


PN dan pas hanya bawa omongan kosong saja. Nak berkuasa semula bukan nak selamatkan negara, tp nak tutup kes kebobrokan yg di buat selama 33 bulan memerintah dahulu. 


Model kestabilan yg di gemburkan, amat jauh sekali. 😊



No comments: