Satu lagi kejayaan Kerajaan Perpaduan yang baru berusia 9 bulan
ini. Kadar inflasi untuk Julai adalah 2%. Turun daripada sebelumnya 2.4%.
Sesuatu yang PN tak pernah berjaya lakukan dahulu walau tubuh beberapa JK khas.
Dengan penurunan inflasi ini maka kuasa membeli rakyat akan
meningkat. Ini cara membantu rakyat yang paling berkesan. Bukan dengan biarkan
rakyat belanjakan simpanan hari tua kemudian mendabik dada konon dia beri
bantuan.
Kementerian Ekonomi juga sedang meniliti kaedah untuk menurunkan
harga barang dengan kurangkan permit AP dan import serta menyemak peraturan
anti monopoli dan persaingan. Jauh benar bezanya menteri sekarang dengan
menteri sebelum ini yang jadi janitor di Masjidil Haram.
Cuma walaun terus butakan mata. Tak sudah reka persepsi kerajaan
tak buat apa sedangkan mereka sendiri mulai rasakan perbezaan pentadbiran yang
ada sekarang berbanding dengan ketika abah artis tu menjadi PM dahulu.
Dalam tempoh 9 bulan, dah banyak perkara positif yang berlaku.
Dalam tempoh 4 tahun lagi, pastinya negara kita kembali kukuh. Sebab itu kena
pertahan negara ini dari dirampas puak benak yang tak reti buat kerja tapi gila
nak rampas kuasa sebab nak menyakau. Guane boh?