2 hari lepas ada mesyuarat MKI.




Aman Muhammad.



MKI ialah Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam Malaysia.

Yang tubuh MKI ini ialah Raja-Raja Melayu, pengerusi sekarang ialah baginda Sultan Selangor.


Turut sama hadir dalam mesyuarat MKI tu ialah PMX dan Menteri Agama.

(entah bagaimana, MB Kelantan pun ada terselit kat situ)


Ada banyak isu-isu berkaitan agama Islam dibangkit dan dibincangkan.


antaranya ialah :

1. Isu pertembungan antara mahkamah syariah dan mahkamah sivil.


2. Sultan Selangor titah agar Kerajaan Perpaduan tubuh satu JK Khas untuk cari kaji dan penyelesaian.


3. Isu kalimah 'Allah' juga berbangkit, juga baginda Sultan Selangor titah Kerajaan Perpaduan sediakan satu garis panduan yang lengkap dan komprehensif, untuk dibentangkan dalam mesyuart MRR akan datang.


4. Dan terakhir, Sultan Selangor berdukacita dengan fitnah jahat '200 sekolah agama akan ditutup' dan mahu pihak polis mengesan dan mengambi ltindakan kepada pihak yang sebar fitnah tersebut.


PMX bercakap dalam mesyuarat tu, dan memberi jaminan Kerajaan Perpaduan akan sentiasa memberi keutamaan hal ehwal Islam di Malaysia dan alhamdulillah hubungan erat antara PMX dan Sultan Selangor bertambah erat.


Beza tak di zaman PN?

langsung takde usaha macam ni.

Hanyalah berdegar-degar atas pentas ceramah politik sahaja.

Tuduh orang itu sekular, tuduh orang itu liberal, tuduh orang itu musuh Allah, tuduh orang itu ini.

Tapi satu hasil pun takde.


Kesian sungguh majoriti Melayu yang terpedaya dengan penipuan lalu undi PAS/PN dalam pilihanraya. 

sungguh kesian..


:)



No comments: